Pemberhentian pekerja Petronas isu besar, Akmal gesa audit menyeluruh

June 7, 2025 · Isu semasa

Kerajaan digesa agar mengambil langkah segera bagi membantu Petronas yang dilaporkan merancang untuk mengurangkan 10 peratus daripada tenaga kerjanya.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyifatkan syarikat petroleum negara itu adalah simbol ikonik negara dan merupakan penyumbang utama ekonomi negara yang perlu dijaga statusnya.

“Petronas bukan syarikat biasa. Ia adalah lambang kejayaan industri minyak dan gas negara serta penyumbang utama kepada ekonomi negara selama berdekad-dekad,” katanya.

Mengulas keputusan penstrukturan semula yang diumumkan oleh Petronas baru-baru ini, Akmal mempersoalkan mengapa langkah drastik tersebut mahu diambil ketika harga minyak mentah global kekal stabil sekitar AS$65 setong pada tahun ini.

Sebagai perbandingan, dia merujuk kepada situasi pada 2016 apabila harga minyak jatuh lebih teruk, iaitu sekitar AS$44 setong, namun Petronas hanya mengurangkan kira-kira 1,000 pekerja ketika itu.

“Kenapa kali ini pengurangan mencecah 5,000 pekerja? Malah, pada 2020 ketika harga minyak juga rendah sekitar AS$40, tindakan sebesar ini tidak diambil.

“Adakah benar-benar harga minyak menjadi punca utama, atau ada faktor lain yang tidak didedahkan?” soalnya.

Justeru, Akmal mendesak kerajaan supaya segera campur tangan bagi memastikan kebajikan semua pekerja yang terlibat dijaga, dengan pendekatan yang adil dan berperikemanusiaan.

Dia turut mencadangkan empat langkah utama yang perlu diambil:

Campur tangan kerajaan untuk menjamin kebajikan pekerja;

Audit menyeluruh dan laporan telus tentang keadaan sebenar Petronas;

Pelan mitigasi dan sokongan dari Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia; dan

Sesi libat urus bersama kesatuan pekerja, kerajaan, dan pengurusan Petronas sebelum sebarang langkah lanjut diambil.

“Nasib 5,000 pekerja ini bukan sekadar statistik. Mereka adalah ibu, bapa, anak muda dan pencari nafkah utama keluarga. Rezeki mereka perlu dibela,” tegasnya.

Akmal turut mempersoalkan kenyataan kerajaan bahawa ekonomi negara sedang pulih sedangkan tindakan drastik seperti yang diumumkan oleh Petronas jelas menunjukkan sebaliknya.

“Jika sebelum ini kadar tukaran AS$D kepada ringgit pada paras 3.80 dianggap petanda ekonomi lemah, adakah dengan kadar tukaran kini mencecah 4.75, kerajaan masih mahu meyakinkan rakyat bahawa ekonomi kita dalam keadaan baik?”

Berita berkaitan
Aminuddin dakwa pengkhianatan punca PRN Negeri Sembilan diadakan
6 jam lalu· Politik
Anwar pilih kerjasama daripada pertembungan politik dalam PRN
6 jam lalu· Politik
Pemuda PAS Bangi lulus usul putus hubungan dengan Bersatu
14 jam lalu· Politik
AMK persoal sejauh mana komitmen UMNO bersama Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
AGC teliti dua kertas siasatan libatkan Azam Baki
14 jam lalu · Isu semasa
Polis gagalkan cubaan seludup dadah RM57 juta di Muar
16 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak negara masih stabil: Amir Hamzah
19 jam lalu · Isu semasa
DNAA Zahid: AG kemuka rayuan cabar permohonan Majlis Peguam
20 jam lalu · Isu semasa
RM50 juta disalur perkasa TVET 2.0: Anwar
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok