Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Ismail Yusop.
Tiada arahan daripada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) untuk membantu kempen calon-calon tertentu bertanding dalam pemilihan PKR yang sedang dijalankan ketika ini.
Ketua Pengarahnya, Ismail Yusop menafikan maklumat tersebar termasuk melalui aplikasi WhatApps yang mengaitkan jabatan itu dengan arahan like, share dan promote kempen pemimpin tertentu pemilihan PKR.
Jelas beliau, semua kakitangan J-KOM menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti, selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan.
“Saya juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa J-KOM terlibat dalam berkempen untuk mana-mana pemimpin dan digunakan untuk menyerang pemimpin-pemimpin tertentu.
“Tiada sebarang arahan rasmi dikeluarkan untuk aktiviti seperti itu,” katanya dalam kenyataan.
Tambah Ismail, sebagai sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi, J-KOM sentiasa komited menyampaikan maklumat yang tepat, adil dan berimbang demi memperkukuh sistem demokrasi dan kestabilan negara.
“Saya mengingatkan semua pihak agar berhenti menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi jabatan ini,” katanya.
Pemilihan PKR akan diadakan di Johor Bahru pada 22 hingga 24 Mei ini.
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum