Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Shahrul Nasrun Kamarudin, menyatakan kesediaannya untuk mencabar Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, bagi merebut kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN) itu berkata, rekod kejayaannya bersama pasukan dalam menewaskan penyandang kerusi itu, Zuraida Kamaruddin, sehingga hilang deposit pada PRU-15 lalu, patut dijadikan pertimbangan kepimpinan UMNO untuk memberi mandat kepadanya.
“Saya menawarkan diri sebagai calon Parlimen Ampang jika diberi peluang oleh Presiden UMNO. Pasukan kami telah membuktikan kemampuan dengan mengalahkan Zuraida yang akhirnya hilang deposit.
“Pengkhianatan beliau terhadap mandat rakyat dengan melompat parti telah mengakibatkan kehilangan kepercayaan pengundi di sini,” katanya dipetik laporan portal.
Kenyataan itu disuarakan susulan kebimbangan Ahli Parlimen Ampang sekarang, Rodziah Ismail, yang mengingatkan PKR agar tidak mengorbankan kerusi itu hanya untuk memberi laluan kepada Tengku Zafrul, yang baru menyertai PKR Cabang Ampang.
Rodziah tidak menolak kemungkinan wujud agenda tertentu di sebalik penerimaan bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu ke dalam PKR.
Shahrul Nasrun menegaskan bahawa komitmennya di Ampang bukan sekadar retorik pilihan raya, tetapi dibuktikan melalui pelbagai program kebajikan berterusan.
“Hebatkan Ampang bukan sekadar slogan, tetapi misi untuk memartabatkan kebajikan rakyat dan menyatukan masyarakat,” tegasnya.
Beliau juga membanggakan pasukan 1,500 sukarelawan muda berusia 18-40 tahun yang terlibat dalam inisiatif ini tanpa kaitan parti politik.
Shahrul yakin dengan kesinambungan gerak kerja ini, BN mampu meraih kembali sokongan majoriti pengundi Ampang pada PRU-16 nanti.
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri