Pemuda MIC balas kata Zahid yang ‘mabuk kuasa’: Laporan

December 15, 2025 · Politik

Pemuda MIC membidas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, berhubung status MIC dalam gabungan itu dengan menegaskan tuduhan “kemabukan kuasa” seharusnya ditujukan kepada UMNO sendiri.

Ketua Pemuda MIC, K Arvind, berkata jika isu yang dibangkitkan ialah “siang cakap lain, malam buat lain”, maka contoh paling jelas datang daripada Zahid.

“Zahid sebelum ini melaungkan slogan ‘No DAP, No Anwar’ ketika kempen pilihan raya, tetapi akhirnya menjadi individu utama membawa UMNO menyertai kerajaan bersama DAP dan Anwar Ibrahim.

“Itu bukan ‘siang cakap lain, malam buat lain’ ke?” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada Zahid yang memaklumkan BN masih belum menerima surat rasmi daripada MIC berhubung usul untuk keluar daripada gabungan tersebut.

Zahid turut memberi peringatan kepada parti komponen agar berfikir panjang sebelum meninggalkan BN, sambil menegaskan landskap politik kini sangat dinamik.

“Kalau mereka tidak dapat membuat keputusan, BN akan membuat keputusan. Politik ini dinamik, jangan kerana kemabukan kuasa hingga membuat keputusan tanpa memikirkan persahabatan lebih 70 tahun,” kata Zahid.

Bagaimanapun, Arvind menegaskan dakwaan itu songsang dan tidak adil.

“Orang yang mabuk kuasa itu Zahid, bukan kami. Kalau benar mabuk menjadi punca, biarlah rakyat menilai sendiri siapa yang paling keliru arah tuju,” katanya.

Beliau turut merujuk keputusan BN menyertai kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas Pilihan Raya Negeri lalu, walaupun kedua-duanya sebelum itu saling berseteru.

“Siapa sebenarnya yang buat keputusan ketika terdesak dan kemudian berpatah balik? Kalau nak bercakap soal mabuk, pastikan sedar diri dulu,” katanya lagi.

Mengulas isu kesetiaan, Arvind menegaskan MIC tidak pernah membuat keputusan secara tergesa-gesa atau berasaskan emosi, sebaliknya kekal setia kepada BN walaupun sering dipinggirkan.

“Kami tidak pernah tinggalkan BN. Kami cuma minta dihormati sebagai rakan kongsi, bukan sekadar hiasan sejarah. Kesetiaan tidak bermaksud membisu apabila diketepikan,” katanya.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan MIC November lalu, parti itu memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada kekal dalam BN atau mempertimbangkan gabungan baharu, dengan mandat diserahkan kepada presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat untuk menentukan hala tuju seterusnya.

Berita berkaitan
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
March 12, 2026· Politik
Ambil tindakan tegas juga terhadap pihak bertindak ganas: Akmal Saleh
March 11, 2026· Isu semasa
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
March 10, 2026· Politik
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
March 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
6 jam lalu · Politik
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
6 jam lalu · Politik
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
6 jam lalu · Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026 · Politik
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
March 10, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok