Pemuda PAS harap Nurul Izzah cepat beritahu PMX tamatkan kontrak Azam

May 30, 2025 · Politik

Pemuda PAS menyatakan harapan agar Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyampaikan cadangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya menamatkan kontrak Azam Baki.

Cadangan itu dibuat Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Hanif Jamaluddin yang menyokong laungan Nurul Izzah untuk membuat perubahan, ia termasuk membantah penyambungan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

“Sebagai anak Perdana Menteri dan pemimpin kanan kerajaan, Nurul Izzah berada dalam kedudukan strategik untuk menyuarakan reformasi dari dalam.

“Beliau perlu membuktikan semangat reformasi yang dilaungkan bukan hanya retorik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Hanif, kegagalan mengambil pendirian tegas dalam isu tersebut boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap komitmen kerajaan terhadap integriti dan usaha membanteras rasuah.

“Konsistensi antara kata-kata dan tindakan adalah ukuran sebenar komitmen, bukan sekadar gelaran ‘Puteri Reformasi’ yang hanya tinggal nama,” ujarnya.

Beliau merujuk kepada keputusan Perdana Menteri yang menyambung kontrak Azam Baki selama setahun meskipun wujud kontroversi berkaitan pemilikan saham dalam dua syarikat tersenarai awam.

Meskipun Azam menafikan sebarang salah laku, pelbagai pihak termasuk kumpulan pemantau dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan pernah menuntut siasatan lanjut terhadap isu berkenaan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS menyeru agar Nurul Izzah tidak berdiam diri dan sebaliknya tampil memperjuangkan prinsip ketelusan dan akauntabiliti seperti yang sering dilaungkannya sebelum ini.

Pada 10 Mei lalu, Nurul Izzah lantang mengkritik pelantikan semula Azam yang kini memasuki penggal ketiga sebagai peneraju SPRM, dengan menyifatkan keputusan berkenaan sebagai tidak wajar.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
8 jam lalu· Politik
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
11 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: RM510 bilion untuk rakyat dan masa depan ekonomi
16 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Penjawat awam terima bantuan khas kewangan RM1,500
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
8 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
13 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
14 jam lalu · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok