Pemuda UMNO bantah keputusan larangan hiasan Krismas dibuat Jaim

December 19, 2025 · Politik

Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan keputusan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang melarang dapur atau premis mempunyai sijil halal daripada memasang hiasan Krismas sempena musim perayaan yang bakal tiba.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata telah mendapatkan pandangan beberapa mufti berhubung pekeliling berkenaan dan dimaklumkan bahawa hiasan Krismas tidak menjejaskan status halal sesuatu makanan atau minuman.

“Penentuan halal bagi makanan dan minuman ditentukan sepenuhnya oleh sumber bahan serta cara penyediaannya, bukan bergantung kepada dekorasi di dapur atau di premis makanan,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Akmal juga memohon agar Jaim meneliti semula arahan yang melarang sebarang dekorasi Krismas di dapur dan premis yang telah memperoleh sijil halal.

Katanya, isu berkenaan juga telah dibangkitkan kepada rakan sejawatannya dalam kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam supaya arahan itu diperhalusi.

Beliau menegaskan bantahannya dibuat secara terbuka kerana beranggapan larangan tersebut tidak munasabah dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Sebagai contoh, jika ada penyediaan makanan dan minuman di gereja yang disediakan oleh bukan Muslim, tetapi sumber makanan itu halal dan cara penyediaannya betul, maka makanan tersebut tetap halal,” katanya.

Akmal turut memaklumkan perbincangan dengan beberapa mufti mendapati mereka sependapat bahawa penentuan halal bergantung kepada bahan dan proses penyediaan, bukan elemen hiasan.

“Dekorasi tidak ada kena mengena dengan status halal,” katanya lagi.

Tambah beliau, keputusan Jaim itu wajar dikaji semula kerana disifatkan sebagai tidak adil dan berpotensi memberi kesan negatif kepada pengusaha premis serta keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.

Berita berkaitan
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
March 12, 2026· Politik
Ambil tindakan tegas juga terhadap pihak bertindak ganas: Akmal Saleh
March 11, 2026· Isu semasa
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
March 10, 2026· Politik
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
March 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
5 jam lalu · Politik
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
5 jam lalu · Politik
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
6 jam lalu · Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026 · Politik
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
March 10, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok