Dr Muhamad Akmal Saleh.
Isu video yang melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, terus mendapat perhatian apabila Pemuda UMNO dan DAP tampil menyuarakan pandangan mereka supaya siasatan penuh dan telus dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh, tanpa menamakan individu menyindir semua pihak yang terlibat dalam salah laku rasuah wajar dihukum.
“Baik penerima rasuah mahupun pemberi, dua-dua patut dihumban dalam penjara!” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau turut menyindir dengan mata wang pound yang dimilikinya bagi mengaitkan perbualan Whatsapp antara Albert Tei dengan Shamsul Iskandar yang didedahkan.
“Saya ada extra £10, ada sesiapa nak gi London boleh tukar dengan saya,” sindirnya.
Sementara itu, DAP pula menyeru agar SPRM menjalankan siasatan tanpa sebarang rasa gentar atau pilih kasih.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin, menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang memberikan kebebasan penuh kepada SPRM.
“DAP konsisten berpendirian kerajaan yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat mesti kekal bersih dan tidak bertolak ansur terhadap rasuah dalam apa jua bentuk,” katanya.
Beliau menambah kandal seumpama ini berisiko mencemarkan kredibiliti Kerajaan Perpaduan.
Kenyataan-kenyataan ini disuarakan susulan laporan media yang mendedahkan dakwaan pemberian wang RM629,000 oleh Tei kepada Shamsul Iskandar.
Terdahulu semalam, Shamsul Iskandar telah meletakkan jawatannya bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan siasatan segera sedang dijalankan dan semua pihak yang terlibat akan dipanggil memberi keterangan.
UMNO akan teruskan usaha penyatuan Melayu, tak perlu layan kritikan: Johari
Kembalinya Hishammuddin, Khairy suntik keyakinan baharu kepada BN: Ka Siong
Hadi disaran muhasabah diri, bersihkan diri daripada bisikan syaitan: Razlan
PAS akan ambil jawatan Ketua Pembangkang, ganti Hamzah: Samsuri
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan