Pendedahan isu Kg Sungai Baru dibuat berasaskan fakta, Dr. Zaliha bidas Annuar

October 13, 2025 · Politik

Dr. Zaliha Mustafa, dengan tegas menolak tuduhan yang dilemparkan oleh bekas menteri, Annuar Musa yang mendakwanya berbohong dan memesongkan fakta di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menganggap tuduhan dibuat Annuar sebagai satu fitnah yang serius dan berpotensi menjejaskan reputasinya sebagai seorang menteri, malah mencemar integriti institusi Parlimen itu sendiri.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan kritikan dibuat Annuar berhubung penjelasan Dr. Zaliha semasa sesi penerangan Hala Tuju Pembangunan Kampung Baru di Dewan Rakyat pada 9 Oktober lalu, mengenai pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru.

“Saya terpanggil menjawab tuduhan dibuat Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa kononnya saya telah berbohong kepada Parlimen.

“Tidak ada keperluan untuk saya mengulangi perkara yang telah saya bentangkan, kerana segala fakta yang dikemukakan di Dewan Rakyat adalah bersandarkan dokumen rasmi kerajaan yang direkodkan,” katanya.

“Sekiranya beliau mendakwa saya memesongkan fakta, maka beliaulah yang wajar tampil dan mengemukakan bukti sebaliknya. Integriti Dewan Rakyat tidak boleh dipermainkan dengan tuduhan yang tidak bersandarkan asas,” tambahnya lagi.

Dr. Zaliha turut menekankan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu dihadapi penduduk Kampung Sungai Baru secara berhemah dan memberi keadilan kepada mereka.

“Fokus Kerajaan Madani pada masa ini adalah memastikan penduduk yang telah bersetuju kembali semula ke Kampung Sungai Baru dengan segera dan memperoleh hak yang sewajarnya,” katanya.

Dr. Zaliha sebelum ini mendedahkan proses pengambilan tanah Kampung Sungai Baru pada tahun 2021 itu dilakukan secara tergesa-gesa dalam tempoh hanya tiga hari.

Berita berkaitan
Isu rumah ibadat ceroboh tanah, Azalina gesa guna saluran undang-undang
February 16, 2026· Isu semasa
Anwar minta kerajaan negeri patuh keputusan berhubung isu rumah ibadat tak sah
February 10, 2026· Isu semasa
PM: Dakwaan serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia tidak benar
February 4, 2026· Isu semasa
Kes suapan RM7.5 juta Menara KL dibicarakan Mei ini
January 27, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
UMNO akan teruskan usaha penyatuan Melayu, tak perlu layan kritikan: Johari
5 jam lalu · Politik
Kembalinya Hishammuddin, Khairy suntik keyakinan baharu kepada BN: Ka Siong
6 jam lalu · Politik
Hadi disaran muhasabah diri, bersihkan diri daripada bisikan syaitan: Razlan
March 14, 2026 · Politik
PAS akan ambil jawatan Ketua Pembangkang, ganti Hamzah: Samsuri
March 14, 2026 · Politik
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
March 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok