Pengguna masih nikmati kadar bil sedia ada, semakan tarif elektrik adil: Fahmi

July 1, 2025 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan sebanyak 23.6 juta akaun pengguna domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung Malaysia tidak akan terkesan dengan pelaksanaan tarif elektrik baharu yang bermula hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pengguna yang menggunakan kurang daripada 1,000 kilowatt jam (kWj) dijangka akan terus menikmati kadar bil sedia ada, malah berkemungkinan menyaksikan pengurangan.

“Semua akaun TNB yang menggunakan kurang daripada 1,000 kilowatt jam dijangka bukan hanya bil akan kekal, malah berkemungkinan akan turun. Jadi ini berdasarkan apa yang telah diterbitkan oleh TNB.

“Kita jangkakan bagi kebanyakan isi rumah, kita akan saksikan sama ada tarifnya, bilnya sama ataupun berkurangan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Menara (MOCN) 4G 6 Hala YES Tanjung Asam, Gertak Sanggul hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, antara reformasi yang dilaksanakan Kementerian Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) adalah memperkenalkan waktu puncak penggunaan elektrik antara pukul 2 petang hingga 10 malam.

Katanya, pengguna digalakkan menggunakan peralatan elektrik berkuasa tinggi di luar waktu puncak bagi mengoptimumkan penjimatan tenaga.

Terdahulu, Suruhanjaya Tenaga memaklumkan, pelaksanaan jadual tarif baharu yang diluluskan kerajaan akan memastikan kadar elektrik lebih adil, progresif dan mampu milik kepada lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia.

Penetapan tarif itu akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027 mengikut Kerangka Kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), selaras dengan Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Perubahan tarif elektrik di bawah tempoh Regulatori Keempat (RP4) itu melibatkan penstrukturan semula tiga komponen utama iaitu kadar purata tarif asas, jadual tarif baharu dan mekanisme pelarasan kos bahan api.

Sementara itu, Fahmi turut menegaskan bahawa kerajaan akan bertindak segera terhadap sebarang aduan berhubung pencatutan atau manipulasi harga susulan pelaksanaan tarif baharu itu.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan Ops Kesan 4.0 serentak hari ini bagi membanteras aktiviti berkenaan,” katanya.

Berita berkaitan
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
4 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
Salah faham isu dakwaan diesel dihantar ke Filipina: Fahmi
April 14, 2026· Isu semasa
Jurubahasa isyarat RTM meninggal dunia, Fahmi zahir ucapan takziah
April 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
4 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
6 jam lalu · Isu semasa
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
7 jam lalu · Isu semasa
Arab Saudi akan kenakan denda haji tanpa permit SR100,000
7 jam lalu · Isu semasa
IMF naikkan unjuran ekonomi Malaysia: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok