Peniaga kibarkan bendera terbalik di Kepala Batas ditahan polis

August 10, 2025 · Isu semasa

Seorang peniaga berusia 59 tahun ditahan polis semalam kerana disyaki mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik di hadapan premis perniagaannya di Kepala Batas.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Alwi Zainal Abidin, memaklumkan bahawa sebanyak 16 laporan polis telah diterima di seluruh negara berhubung insiden tersebut, dengan 12 daripadanya dilaporkan di negeri ini.

Kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang esok bersama cadangan pertuduhan,” jelas Mohd Alwi dalam kenyataan rasmi hari ini.

Beliau menegaskan bahawa Jalur Gemilang merupakan simbol kedaulatan negara yang perlu dihormati oleh semua pihak, dan memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang didapati bersalah.

Insiden ini mendapat perhatian umum selepas tularnya klip video menunjukkan seorang lelaki mengibarkan bendera kebangsaan secara terbalik di hadapan sebuah kedai di Pulau Pinang.

Sebagai respons, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh telah mengarahkan semua sayap Pemuda UMNO di peringkat negeri untuk membuat laporan polis bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap perbuatan yang dianggap menghina lambang negara itu.

Berita berkaitan
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu· Politik
PRN Melaka: 14 November hari mengundi, penamaan calon 31 Oktober
October 7, 2026· Politik
Polis serah laporan kes Ketua AKPS, AGC tentukan tindakan lanjut
October 6, 2026· Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
October 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
14 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok