Pentadbiran Donald Trump mengumumkan kenaikkan tarif import yang dikenakan kepada Malaysia sebelum ini.
Tarif import sebanyak 25 peratus akan dikenakan terhadap Malaysia bermula 1 Ogos ini, umum pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Trump itu dalam satu nota makluman berkata langkah itu dibuat atas alasan untuk ‘melindungi industri tempatan AS’ daripada apa yang beliau sifatkan sebagai amalan perdagangan tidak adil oleh beberapa negara.
“Kita tidak boleh lagi membiarkan negara lain mengambil kesempatan terhadap kita. Mulai 1 Ogos, semua import dari Malaysia akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus,” katanya dalam satu surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikongsi dalam laman Truth Social, milik Trump Media & Technology Group.
Antara negara yang akan menghadapi tarif 25 peratus ialah Jepun, Korea Selatan, Tunisia, Kazakhstan manakala kadar lebih tinggi akan dikenakan terhadap negara lain: Afrika Selatan dan Bosnia & Herzegovina (30 peratus); Serbia dan Bangladesh (35 peratus); Kemboja dan Thailand (36 peratus) serta sehingga 40 peratus untuk Laos dan Myanmar.
Pada 2 April lalu, Trump mengumumkan ‘tarif hari pembebasan’ yang menyaksikan kadar asal 24 peratus ke atas import dari Jepun dan 25 peratus terhadap Korea Selatan. Malaysia antara negara yang turut terkesan.
Bagaimanapun tarif timbal balas itu ditangguh pentadbiran Trump selama 90 hari bagi mengadakan rundingan bersama semua negara dagang.
Tempoh penangguhan itu dijadualkan tamat Rabu ini, namun Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt memaklumkan Trump akan menandatangani perintah eksekutif bagi melanjutkan tempoh berkenaan hingga 1 Ogos.
“Kami telah menghantar surat pemberitahuan kepada negara-negara yang terbabit dan lebih banyak surat akan dihantar dalam beberapa hari lagi,” kata Leavitt.
Angka 25 peratus adalah satu peratus lebih tinggi berbanding tarif yang telah diumumkan pada April.
Bagaimanapun dalam surat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu, Trump berkata angka 25 peratus itu jauh lebih rendah daripada perkara yang diperlukan untuk menghapuskan ketidakseimbangan defisit perdagangan yang AS alami dengan Malaysia.
Bagaimanapun, surat itu juga menyatakan tiada tarif akan dikenakan sekiranya Malaysia, atau syarikat Malaysia, memutuskan untuk membangunkan atau menghasilkan produk di AS.
“Malah, Washington akan melaksanakan segala yang mungkin untuk mendapatkan kelulusan dengan cepat, profesional, dan secara rutin — dalam erti kata lain, dalam beberapa minggu sahaja,” menurut surat itu.
Trump berkata sekiranya Malaysia memutuskan untuk menaikkan tarif, AS juga akan mengenakan tarif tambahan mengikut angka yang dikenakan Malaysia, sebagai tambahan kepada 25 peratus itu.
Malaysia telah berunding dengan Washington mengenai tarif sejak April, dengan matlamat untuk mengurangkan tarif 24 peratus yang dikenakan sebelum ini, dengan rundingan terkini telah diadakan pada 18 Jun lalu.
Pengumuman itu dibuat menjelang lawatan pertama Setiausaha Negara AS Marco Rubio ke Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan pascamenteri ASEAN-AS dan mesyuarat lain di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang bermula hari ini.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri