Pentadbiran Donald Trump mengumumkan kenaikkan tarif import yang dikenakan kepada Malaysia sebelum ini.
Tarif import 25 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia sebelum ini dikurangkan kepada hanya 19 peratus .
Pengurangan tarif import itu diumumkan Trump menerusi perintah eksekutif yang ditandatanganinya semalam dan dokumen yang menyenarai pelarasan lanjut kadar tarif timbal balas bertarikh 31 Julai 2025 itu dimuat naik di laman sesawang White House.
Semalam, Trump mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berhubung situasi serantau semasa selain isu tarif dimana Anwar menegaskan pendirian Malaysia berdasarkan prinsip perdagangan bebas yang telah menjadi antara dasar Malaysia.
Susulan perbincangan melalui perbualan telefon itu, Trump dilaporkan bersetuju mengumumkan kadar tarif keesokan hari (hari ini).
Negara-negara yang masih belum memeterai perjanjian perdagangan atau menerima notis tarif daripada pentadbiran Trump akan menerima makluman rasmi daripada AS selewat-lewatnya tengah malam Khamis, menurut kenyataan White House.
AS telah mencapai perjanjian baharu dengan Korea Selatan, termasuk tarif 15 peratus, pembelian tenaga bernilai AS$100 bilion dan pelaburan AS$350 bilion dalam industri AS.
Rundingan dengan China masih berjalan, dengan sasaran mengurangkan defisit perdagangan AS sebanyak AS$5 bilion dan saluran komunikasi kekal terbuka.
Jurucakap White House, Karoline Leavitt berkata, pasukan perdagangan AS bekerja tanpa henti untuk berhubung dengan sebanyak mungkin negara.
“Lebih 200 negara telah menghubungi pasukan perdagangan dan tarif kami. Kami utamakan rakan dagang utama, dan dua pertiga daripada 18 negara utama telah pun menandatangani perjanjian khas.
“Bagi negara yang belum menerima makluman, mereka akan terima surat atau perintah eksekutif sebelum tengah malam,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Leavitt turut mengumumkan bahawa AS telah mencapai perjanjian perdagangan baharu dengan Korea Selatan selepas rundingan di White House pada Rabu.
Di bawah perjanjian itu, Korea Selatan akan dikenakan tarif sebanyak 15 peratus, termasuk ke atas sektor automotif.
Korea Selatan bersetuju memberikan konsesi besar kepada barangan AS seperti beras dan tenaga.
Komitmen untuk membeli tenaga AS bernilai AS$100 bilion (RM427 bilion) menjelang 2028.
Pelaburan sebanyak AS$350 bilion (RM1.5 trilion) dalam industri AS, dengan 90 peratus keuntungan disalurkan kepada kerajaan AS untuk mengurangkan hutang negara dan menyokong dasar pentadbiran semasa.
Leavitt turut memaklumkan bahawa rundingan perdagangan dengan China masih berlangsung dengan kemajuan positif.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri