Pentadbiran Trump zahir penghargaan kepada Anwar dalam rundingan Thai-Kemboja

July 29, 2025 · Isu semasa

Amerika Syarikat (AS) menyambut baik pengisytiharan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand yang diumumkan semalam di Kuala Lumpur dan memberi penghargaan kepada langkah yang diambil Malaysia.

Dalam satu kenyataan rasmi, Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata Presiden, Donald Trump mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, atas kepimpinannya dalam menjadi tuan rumah bagi rundingan gencatan senjata antara kedua-dua negara bertelagah.

“Presiden Trump dan saya bertekad untuk mencapai penghentian keganasan segera, sambil menyeru kerajaan Kemboja dan Thailand agar menunaikan sepenuhnya janji mereka menyudahi persengketaan ini.

“Kami juga menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, atas kepimpinan berwibawanya serta kesudian Malaysia menjadi tuan rumah rundingan damai ini,” kata kenyataan itu.

Rubio juga berkata AS berkata keduda-dua negara akan mematuhi syarat-syarat gencatan senjata yang sudah dipersetujui bersama semasa di Putrajaya semalam.

“Kami menggesa semua pihak mematuhi komitmen mereka. AS akan terus terlibat dalam proses yang dianjurkan bersama AS-Malaysia ini untuk menyelesaikan konflik,” tambah kenyataan tersebut.

Terdahulu, mesyuarat khas yang dipengerusikan Anwar selaku pengerusi Asean diadakan di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai menghadiri mesyuarat khas itu yang bermula 3 petang semalam.

Ini pertemuan secara bersemuka pertama kedua-dua pemimpin sejak ketegangan tercetus antara kedua-dua negara jiran itu pada 24 Julai lalu. Mesyuarat berlangsung hampir dua jam setengah.

Turut hadir Duta AS ke Malaysia, Edgard Kagan dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing. AS bertindak sebagai penganjur bersama mesyuarat, manakala China hadir sebagai pemerhati bagi menyokong penyelesaian damai terhadap situasi yang sedang berlaku.

Dalam sidang media bersama selepas mesyuarat itu, Anwar mengumumkan Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan memuncak di sepanjang sempadan belum dimuktamadkan antara kedua-dua negara.

Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu mempunyai sejarah panjang dalam pertikaian diplomatik membabitkan 817km sempadan belum ditanda sepenuhnya.

Ketegangan antara Thailand dan Kemboja mula memuncak sejak 28 Mei lalu susulan pertempuran antara tentera kedua-dua negara dekat kawasan sempadan Preah Vihear dipertikaikan, mengakibatkan seorang anggota tentera Kemboja terkorban.

Berita berkaitan
Kerajaan belanja RM2 bilion sebulan untuk kekalkan harga RON95: Anwar
7 jam lalu· Isu semasa
Cuti tambahan sempena Aidilfitri diumum kerajaan
7 jam lalu· Isu semasa
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
March 13, 2026· Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
7 jam lalu · Isu semasa
Penipuan pelaburan cecah RM188 juta awal tahun ini: Polis
7 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
7 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok