Balik mengundi demi pertahan pendidikan bahasa ibunda, jangan boikot: Dong Jiao Zong

July 8, 2026

Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina, Dong Jiao Zong, menggesa pengundi di Johor dan Negeri Sembilan pulang menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya negeri masing-masing, sambil mengingatkan mereka agar tidak memboikot proses demokrasi walaupun kecewa dengan perkembangan politik semasa.