Perbalahan dalaman boleh undang padah kepada PKR: Nurul Izzah

May 20, 2025 · Politik

Di tengah suasana pemilihan PKR yang panas, Nurul Izzah Anwar menggesa supaya mengelak daripada berlaku perbalahan dalaman sesama sendiri sehingga menjejaskan parti tersebut.

Calon Timbalan Presiden PKR itu berkata perbalahan dalaman akan berisiko untuk membawa kepada kehancuran kepada parti itu dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“PKR mungkin tidak mampu menangani cabaran yang mendatang jika wujud sebarang perbalahan kerana ia akan mengakibatkan kita hilang dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Kritikan utama saya terhadap sistem pilihan raya ialah kita sentiasa bergaduh sesama sendiri. Kita perlu terus maju selepas pemilihan ini,” katanya berucap dalam Rapat Umum Akar Umbi sempena Pemilihan PKR di Klana Resort malam tadi.

Justeru, beliau menggesa semua ahli parti mengelak sebarang perbalahan, sebaliknya berusaha untuk merapatkan barisan sebaik pemilihan parti berakhir.

Nurul Izzah yang akan mencabar Rafizi Ramli dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan PKR sesi 2025-2028 berkata, semua pemimpin parti perlu membuat persiapan dari segala aspek dalam tempoh 24 bulan dari sekarang untuk pilihan raya umum akan datang.

Beliau menyasarkan PKR memenangi sekurang-kurangnya 50 kerusi pada pilihan raya akan datang.

“Dalam tempoh 24 bulan akan datang, kita perlu mengukuhkan usaha kita untuk memenangi kerusi marginal.

“Kita perlu memenangi sekurang-kurangnya 50 kerusi marginal,” katanya.

Ketika ditemui selepas program itu, Nurul Izzah berkata, usaha memperkasa dan memantapkan kesatuan dalam parti itu penting bukan sahaja untuk memastikan kerajaan ketika ini stabil, tetapi berupaya untuk mendekati masyarakat keseluruhannya.

Justeru, beliau berkata, usaha mendekati akar umbi akan terus diberikan tumpuan kerana agenda itu penting sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Nak menang (pilihan raya), kita kena bersedia bermula hari ini. Anak muda perlu diberikan latihan sebagai pewaris kepemimpinan akan datang.

“Mesti ada pasukan yang mampu menggerakkan jentera kerajaan dan meyakinkan pengundi dengan berkomunikasi, supaya setiap usaha yang dibuat itu mampu memberi kesan positif,” katanya yang berhasrat untuk memperkasakan lagi sekolah politik dalam parti itu.

Ditanya mengenai kempen pemilihan yang semakin hangat, beliau melahirkan keyakinan dengan sokongan rakan-rakan.

“Fokus saya adalah memperjuangkan kebersamaan… saya dan sahabat-sahabat akan cuba menggarap semua bakat-bakat yang ada,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026· Isu semasa
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
January 24, 2026· Politik
Anwar cadang projek ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan
22 jam lalu· Isu semasa
Henti isu bahasa, fokus masa depan pendidikan: PMX
January 22, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
URA ditarik balik lagi, Kor Ming digesa ambil tanggungjawab: Lian Ker
January 24, 2026 · Politik
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
17 jam lalu · Politik
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
22 jam lalu · Politik
PAS sudah ada calon Pengerusi PN: Hadi
22 jam lalu · Politik
Laporan: PAS gagal kemuka calon baharu pengerusi PN?
January 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok