Persatuan pelajar gesa mahasiswa tak terlibat himpunan ‘Turun Anwar’ pada Sabtu

July 23, 2025 · Politik

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menegaskan pendirian untuk tidak terbabit secara rasmi dalam sebarang perhimpunan berunsur partisan, termasuk Himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini di ibu negara.

Dalam satu kenyataan malam tadi, MPPK memaklumkan bahawa pendirian itu diambil bagi mengekalkan peranan sebagai platform rasmi yang mewakili pelbagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seluruh negara secara bebas dan neutral.

“MPPK mengiktiraf kepelbagaian pandangan dalam kalangan mahasiswa termasuk dalam isu berkaitan kepimpinan dan dasar semasa negara.

“Langkah ini penting bagi memastikan MPPK kekal sebagai badan bebas, neutral dan terbuka kepada semua suara mahasiswa, tanpa menyebelahi mana-mana ideologi politik,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPP USM) turut senada apabila memaklumkan bahawa mereka tidak akan menyertai sebarang himpunan bersifat partisan, termasuk Himpunan ‘Turun Anwar’.

Menurut kenyataan MPP USM, universiti berkenaan kini sedang berada dalam tempoh peperiksaan akhir semester dan menyeru semua pelajar agar memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap peperiksaan yang sedang berlangsung.

Berita berkaitan
Himpunan bantah harga minyak tak selesaikan kos sara hidup: AMK Johor
April 5, 2026· Politik
Rakyat ada hak berhimpun, PKR tak bincang tindakan terhadap Rafizi: Fahmi
February 16, 2026· Politik
Himpunan Tangkap Azam Baki berakhir dengan aman: Polis KL
February 15, 2026· Isu semasa
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
February 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
14 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
19 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
19 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
20 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok