Pengerusi PKR Sabah, Mustapha Sakmud.
PKR Sabah tampil mempertahankan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berikutan kritikan membidas tindakan kerajaan kerana menyalurkan bantuan RM200 juta untuk Palestin berbanding peruntukan RM10 juta kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah.
Isu peruntukan bantuan banjir di Sabah menjadi perdebatan di media sosial baru-baru ini susulan bencana yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 kematian dan ribuan lagi dipindahkan.
Pengerusi PKR Sabah, Mustapha Sakmud, membidas perbandingan tersebut sebagai tidak adil dengan menegaskan krisis kemanusiaan di Gaza adalah pada skala berbeza.
Beliau menjelaskan, peruntukan RM10 juta yang diumumkan Anwar di Doha hanyalah bantuan awal daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
“Semalam saya mengiringi Perdana Menteri ke kawasan terjejas. Beliau mengarahkan Jabatan Kerja Raya membuat penilaian segera, dan memberi jaminan bahawa proses tender akan dikecualikan daripada prosedur biasa,” katanya pada sidang media hari ini.
Mengenai bantuan Palestin, Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar menegaskan Malaysia perlu memainkan peranan di peringkat antarabangsa.
“Kanak-kanak dibunuh setiap hari. Jadi sudah tentu negara mesti dilihat memainkan peranannya, sama seperti yang dilakukan oleh Singapura dan Jepun.
“Tetapi itu tidak bermakna keperluan Sabah diabaikan. Perdana Menteri sudah menegaskan bahawa tuntutan Sabah akan dipenuhi,” katanya.
Beliau turut mengkritik hebat parti pembangkang negeri, Warisan, kerana didakwa menganjurkan program politik ketika mangsa banjir masih bergelumang dengan pemulihan.
“Itu yang kita kesalkan, bukannya bantuan. Jangan berpolitik melampau sampai hilang rasa hormat,” tegasnya.
Sementara itu, beliau memaklumkan sayap pemuda dan wanita PKR sudah menggerakkan sukarelawan untuk menyalurkan bantuan serta membersihkan kampung-kampung yang terjejas.
Hujan lebat lebih seminggu baru-baru ini memusnahkan rumah, memutuskan bekalan elektrik dan jalan utama di beberapa daerah termasuk Penampang, Papar dan Beaufort.
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum