Peserta himpunan bawa poster ‘Hamzah for PM’

July 26, 2025 · Politik

Sekumpulan peserta himpunan ’Turun Anwar’ yang berlangsung di ibu kota hari ini membawa poster menyokong Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin sebagai calon perdana menteri (PM) selepas Anwar Ibrahim.

Tinjauan pengamal media menemui sekumpulan peserta membawa poster ‘Hamzah for PM’ dan gambar dikongsi dalam media sosial.

Turut kelihatan dalam gambar tular tersebut Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) P Ramasamy bersama-sama dengan beberapa peserta himpunan hari ini.

Himpunan hari ini mengumpulkan penyokong pembangkang yang berjalan kaki menuju ke lokasi utama di Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka.

Setakat ini, himpunan pembangkang berjalan lancar dan aman hasil kawalan dan pemantauan pasukan keselamatan.

Dua kenderaan pacuan empat roda disediakan penganjur sebagai pentas mudah alih untuk sesi pidato oleh pimpinan dan aktivis politik yang mengambil bahagian.

Untuk rekod, media semalam melaporkan Hamzah tidak mendapat sokongan orang ramai untuk menjadi calon PM, menurut satu tinjauan dijalankan badan penyelidik tempatan.

Kajian daripada Institut Masa Depan Malaysia (MASA) mendapati Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut hanya mendapat sokongan 13 peratus daripada orang ramai yang memilihnya untuk menjadi calon Perdana Menteri, tercorot berbanding tiga calon lain dalam dapatan kajian tersebut.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mendapat peratusan tertinggi dalam tinjauan tersebut dengan sokongan 33 peratus, sementara Presiden PKR Anwar mendapat 25 peratus dan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi pula 14 peratus.

Mengikut pecahan kaum pula, Muhyiddin mendapat peratusan sokongan tertinggi dari kalangan kaum Melayu sebanyak 41 peratus dan disusuli Anwar sebanyak 20 peratus, Zahid sebanyak 17 peratus dan Hamzah sekadar 11 peratus sahaja.

Bagaimanapun, peratusan sokongan kaum Cina dan India tertinggi masih kekal menyebelahi Anwar dengan masing-masing sebanyak 36 peratus (Cina) dan 27 peratus (India).

Menurut MASA, kajian tinjauan kaji selidik ini telah dijalankan pada 14 Jun sehingga 19 Julai 2025 di Semenanjung Malaysia dengan menemubual sebanyak 1,605 responden dan margin ralat bagi kajian ini ialah adalah ±2.45% bagi 95 peratus tahap kepercayaan.

Berita berkaitan
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
16 jam lalu· Politik
Perwakilan Pemuda PAS mahu parti terajui Putrajaya, termasuk jawatan PM: Laporan
September 3, 2026· Politik
Semak dulu fakta isu peruntukan KKDW: Tunku Nashrul
September 3, 2026· Politik
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
August 25, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026 · Politik
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
September 5, 2026 · Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
1 jam lalu · Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
1 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok