PH, BN guna formula ‘penyandang’ elak perebutan kerusi pada PRN Sabah: Loke

October 5, 2025 · Politik

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan prinsip ‘penyandang’ sebagai panduan utama dalam pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

Kata sepakat ini dicapai bagi mengelakkan sebarang pertindihan calon antara kedua-dua gabungan itu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata persetujuan itu dicapai dalam satu mesyuarat peringkat tertinggi yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

“Prinsip paling asas yang mesti kita pegang ialah prinsip penyandang. DAP menyambut baik dan menyokong prinsip ini.

“Ia bermaksud dalam sebarang bentuk kerjasama pilihan raya, jika kita bekerjasama, tidak seharusnya ada pertindihan kerusi,” ujarnya dipetik laporan media semasa berucap di Majlis Perasmian Konvensyen Tahunan DAP Perak ke-23.

Menurut Loke, prinsip tersebut menjamin bahawa mana-mana parti yang memenangi sesuatu kerusi sebelum ini akan diberikan penghormatan dan sokongan untuk mempertahankannya.

“Di kawasan yang dimenangi BN sebelum ini, PH tidak akan meletakkan calon dan begitulah sebaliknya. Bagi kerusi yang dimiliki PH, sama ada oleh DAP atau PKR, BN tidak akan bertanding di situ,” jelasnya lagi.

Sebagai contoh, Loke mengesahkan DAP akan mempertahankan semua enam kerusi yang dimenanginya sebelum ini di Sabah, dan mungkin bertanding di satu atau dua kerusi tambahan selepas rundingan.

Beliau juga menyeru semua pihak dalam gabungan untuk menghormati susunan ini dan mengamalkan politik yang matang.

“Terdapat beberapa parti yang terus bising setiap hari, mengatakan mereka tiada kerusi. Mereka mesti memahami prinsip ini. Ini adalah peraturan asas, tidak perlu merajuk atau mengeluarkan ancaman,” tegas Loke.

Beliau turut menegaskan kerjasama erat antara PH dan BN di Sabah amat penting untuk memastikan perpaduan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Walaupun setiap gabungan akan berkempen menggunakan logo masing-masing, prinsip penyandang akan menjadi teras untuk memastikan kemenangan bersama.

Berita berkaitan
PN terima permohonan MIC, keputusan akhir di tangan parti: Muhyiddin
January 22, 2026· Politik
Puad Desak MCA serahkan semula kerusi Ayer Hitam kepada UMNO
January 20, 2026· Politik
Kalau tak suka Zahid, MCA boleh keluar BN: Akmal
January 20, 2026· Politik
Loke tegur sikap ‘pura-pura’ UMNO enggan mengaku kerjasama dengan DAP
January 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
16 jam lalu · Politik
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
21 jam lalu · Politik
PAS sudah ada calon Pengerusi PN: Hadi
21 jam lalu · Politik
Laporan: PAS gagal kemuka calon baharu pengerusi PN?
January 23, 2026 · Politik
PAS ragui cadangan ‘kolaborasi agung’ dibawa UMNO, enggan menyokong
January 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok