Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh mengulas isu melibatkan Rafizi Ramli.
PKR memberi tempoh sehingga esok kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung kenyataannya yang dikaitkan dengan hasrat meninggalkan parti.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata surat berkenaan dikeluarkan pada 23 Februari lalu dan Rafizi diberi tempoh lima hari bagi mengemukakan penjelasan rasmi mengenai pendiriannya.
Menurut beliau, kenyataan Rafizi yang membayangkan kemungkinan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) tanpa menggunakan tiket PKR boleh menimbulkan persepsi wujud niat untuk keluar parti.
“Apabila beliau menyatakan hasrat untuk bertanding pada PRU16 dan kemungkinan keluar daripada parti, ia boleh menimbulkan persepsi bahawa sudah ada niat untuk meninggalkan parti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Walkabout Bazar Ramadan Rahmah Zon Timur.
Fuziah menjelaskan, surat tunjuk sebab itu bukan bertujuan menghukum, sebaliknya memberi ruang kepada bekas Menteri Ekonomi berkenaan untuk memperjelaskan keadaan sebenar.
Katanya, tindakan tersebut dibuat selaras dengan perlembagaan parti yang menetapkan bahawa sebarang pengisytiharan keluar parti perlu dibuat secara jelas oleh anggota sendiri.
“Perlembagaan parti melalui Fasal 9.1(c) menyebut mengenai pengisytiharan anggota bahawa beliau keluar parti. Jadi kita perlu ikut proses yang betul,” katanya.
Beliau menambah, tempoh yang diberikan adalah adil dan bertujuan mengelakkan sebarang tindakan terburu-buru tanpa penjelasan rasmi.
Sebarang perkembangan lanjut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang dijadualkan pada 1 Mac ini.
Baru-baru ini, dalam satu temu bual bersama media Cina tempatan, Rafizi dilaporkan membayangkan hasrat mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada PRU-16 walaupun tanpa sokongan PKR, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai kedudukannya dalam parti itu.
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan