PKR boleh fokus semula perkuat parti selepas tiada lagi Rafizi

May 23, 2026 · Politik

Pengunduran Rafizi Ramli daripada PKR dilihat membuka ruang kepada parti itu untuk kembali memperkukuh perpaduan dalaman dan memberi fokus kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, parti itu sejak awal ditubuhkan berasaskan semangat reformasi dan perjuangan pelbagai kaum, bukannya bergantung kepada mana-mana individu.

Menurut beliau, sepanjang bersama PKR, Rafizi dan kelompok penyokongnya sering membawa pendekatan politik yang mencetuskan ketegangan dalam kalangan pimpinan parti.

“PKR selama ini terpaksa berdepan dengan kelompok yang menganggap hanya mereka sahaja betul, manakala pihak lain dianggap salah. Pendekatan seperti itu kadangkala menimbulkan masalah kepada kepimpinan atasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau bagaimanapun mengakui Rafizi mempunyai kekuatan tersendiri dalam strategi menyerang pihak lawan, namun pendekatan sama didakwa turut dibawa ke dalam parti sehingga menjejaskan kestabilan dalaman.

PKR yang ditubuhkan pada 1998 susulan gerakan Reformasi pernah berdepan beberapa siri konflik dalaman melibatkan kepimpinan dan hala tuju parti.

Rafizi sendiri sebelum ini dilihat sebagai antara tokoh penting dalam PKR menerusi peranannya sebagai bekas Timbalan Presiden dan strategi kempen pilihan raya parti.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Mashitah Mohd Udin sebelum ini menyifatkan manifesto Parti Bersama Malaysia yang dibawa Rafizi sebagai terlalu idealistik dan sukar dilaksanakan dalam realiti pentadbiran negara.

Katanya, 12 agenda yang diketengahkan lebih bersifat populis walaupun kedengaran menarik di peringkat slogan.

Sementara itu, penganalisis politik dari Akademi Nusantara, Azmi Hassan berkata, manifesto tersebut dijangka mengundang penelitian terhadap Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad berdasarkan rekod mereka ketika berada dalam kerajaan antara tahun 2022 hingga 2025.

“Wujud risiko politik kerana banyak janji dalam manifesto Bersama menyentuh secara langsung bidang yang pernah berada di bawah pengaruh mereka ketika menjadi anggota pentadbiran kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
2 jam lalu· Isu semasa
Harga minyak tidak naik demi lindungi rakyat: Anwar
22 jam lalu· Isu semasa
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu· Politik
Persefahaman AS-Iran dialu-alukan, harap redakan ketegangan Asia Barat: PMX
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
2 jam lalu · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
2 jam lalu · Politik
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu · Politik
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok