Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semasa Sidang Kemuncak BRICS ke-17 yang berlangsung di Brazil bagi mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Semasa pertemuan tersebut, Modi menzahirkan penghargaan kepada Malaysia sebagai rakan strategik penting dan mengganggap ia sebagai pertemuan yang bermakna.
“Malaysia adalah rakan penting bagi India dan mempunyai kedudukan utama dalam Visi MAHASAGAR dan Dasar Act East kami,” kata Modi dalam catatan Facebooknya.
Beliau turut menyentuh perkembangan positif dalam hubungan dua hala sejak lawatan rasmi Anwar ke India tahun lalu.
“Kami meneliti kemajuan dalam hubungan dua hala, termasuk sektor masa hadapan seperti teknologi maklumat, tenaga boleh baharu dan infrastruktur yang menunjukkan pertumbuhan kukuh,” katanya lagi.
Modi turut menegaskan komitmen India untuk mempertingkatkan lagi hubungan pelaburan dan perdagangan bersama Malaysia.
Sementara itu, Anwar dalam satu kenyataan berkata pertemuan singkat namun padat itu menyentuh pelbagai potensi kerjasama baharu termasuk dalam bidang perdagangan, pelaburan, teknologi digital dan pertahanan.
“Kami meneliti potensi besar untuk memperluas kerjasama strategik Malaysia dan India dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh baharu dan industri aeroangkasa,” kata Anwar.
Beliau turut mengalu-alukan minat syarikat-syarikat India untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia, khususnya dalam sektor masa hadapan serta menekankan komitmen memperkukuh hubungan antara rakyat melalui pelancongan, pendidikan dan kebudayaan.
“Salah satu inisiatif yang dibincangkan ialah cadangan penubuhan kampus Institut Teknologi India (IIT) di Malaysia yang bakal memperkaya ekosistem pendidikan tinggi negara,” tambah beliau.
Kedua-dua pemimpin turut menyuarakan sokongan terhadap keamanan dan kestabilan serantau serta penyelesaian adil dan aman terhadap isu antarabangsa seperti Palestin dan Jammu-Kashmir.
Selain itu, Anwar dalam pada itu menyatakan Malaysia menyambut baik usaha memperkukuh hubungan Asean–India menjelang Sidang Kemuncak Asean–India Oktober ini.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri