PMX diberi sambutan rasmi dalam rangka lawatan di Perancis: Laporan

July 4, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi Perancis pada hari kedua lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.

Anwar yang tiba di sini semalam, dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Francois Bayrou, pada sebelah pagi. Terdahulu, beliau diberi sambutan rasmi penuh istiadat oleh kerajaan Perancis di Hôtel des Invalides.

“Menerima sambutan rasmi penuh istiadat daripada Kerajaan Perancis, satu penghormatan tinggi yang mencerminkan keakraban dan saling menghormati dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan Perancis yang sekian lama terjalin.

“Dalam menghadapi landskap global yang semakin kompleks, Malaysia terus komited untuk bekerjasama dengan rakan seperti Perancis dalam memperjuangkan multilateralisme, memperkukuh keamanan dan kestabilan, serta membina masa depan yang lebih adil dan lestari untuk semua,” kata Perdana Menteri.

Pada sebelah petang, Anwar dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Emmanuel Macron di Istana Élysée. Antara agenda utama yang bakal dibincangkan termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh baharu, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Kedua-dua pemimpin turut dijangka menyentuh isu krisis di Asia Barat, khususnya krisis kemanusiaan di Gaza.

Perdana Menteri juga akan menunaikan solat Jumaat bersama pemimpin komuniti Muslim tempatan di Masjid Besar Paris, sebuah daripada masjid tertua di Perancis.

Bagi memperkukuh hubungan dua hala, Perdana Menteri akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Southeast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagement’ di Sorbonne University, sebuah institusi berprestij yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam bidang intelektual dan kebudayaan.

Delegasi Anwar turut disertai Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sebagai sebahagian daripada usaha menarik pelaburan global, khususnya dari Perancis, Anwar turut dijadual menghadiri mesyuarat meja bulat bersama pemimpin industri utama negara itu. Antara syarikat yang terlibat ialah Imerys, Arkema, Airbus dan Thales.

Perancis kekal sebagai antara lima rakan dagang utama Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah. Pada 2024, jumlah dagangan dua hala mencecah RM15.95 bilion (AS$3.63 bilion), dengan RM6.26 bilion (AS$1.49 bilion) direkodkan bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Selepas lawatan kerja di Perancis, Anwar akan berlepas ke Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS dari 5 hingga 7 Julai. – Bernama

Berita berkaitan
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
4 jam lalu· Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026· Politik
Subsidi RON95 dikekalkan walaupun harga minyak dunia tak menentu
March 11, 2026· Isu semasa
Tiada rumah terbuka Aidilfitri tahun ini, kerajaan ambil langkah berjimat: PMX
March 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
4 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
4 jam lalu · Isu semasa
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
4 jam lalu · Isu semasa
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok