PMX minta Kementerian Kesihatan tangani segera isu doktor kontrak, pegawai perubatan

July 25, 2025 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan diminta Anwar Ibrahim supaya menyegerakan pengisian lebih 4,000 perjawatan doktor kerajaan, termasuk pegawai perubatan lantikan kontrak.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri menyuarakan arahan tersebut semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan meminta pihak kementerian menangani proses birokrasi dengan secepat mungkin bagi memastikan sektor kesihatan negara bertambah baik.

“Perdana Menteri membangkitkan isu pengisian 4,000 perjawatan doktor yang belum lagi diisi dan ini disampaikan hari ini kepada anggota Jemaah Menteri khususnya Menteri Kesihatan.

“Perdana Menteri meminta supaya proses birokrasi yang mungkin dilihat sebagai melewatkan ini dipercepat… kerana pada mulanya pihak Kementerian Kesihatan menjangkakan kesemua daripada jawatan ini akan diisi pada bulan November.

“Tapi Perdana Menteri berpandangan ini terlalu lewatm jadi akan dipercepatkan proses tersebut,” katanya semasa sidang media hari ini di Putrajaya.

Terdahulu, Anwar semasa menyampaikan pengumuman penghargaan kepada rakyat baru-baru ini mengumumkan lebih 4,000 jawatan untuk doktor kerajaan, termasuk pegawai perubatan lantikan kontrak, akan disediakan tahun ini.

Beliau menekankan keperluan mendesak terhadap doktor dalam sektor penjagaan kesihatan.

Bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan, Anwar mengesahkan seramai 4,352 doktor baharu, termasuk yang berstatus kontrak, akan diambil bekerja pada tahun ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pertumbuhan ekonomi meyakinkan membolehkan pelbagai ikhtiar meningkatkan darjat hidup rakyat dilaksanakan.

Katanya, kedudukan ekonomi negara berada di landasan kukuh dan meyakinkan. Ini kerana prestasi ekonomi negara bukan sahaja diakui dalam negara, malah turut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Berita berkaitan
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
9 jam lalu· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
11 jam lalu· Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
11 jam lalu· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
13 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
11 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
13 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
13 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok