PMX sahkan akan rombak Kabinet untuk isi kekosongan jawatan menteri

December 1, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim, mengesahkan tidak berhasrat untuk melaksanakan rombakan Kabinet secara besar-besaran, sebaliknya hanya akan mengisi kekosongan yang wujud pada beberapa portfolio menteri.

Menurut Perdana Menteri, keputusan ini dibuat memandangkan tempoh pentadbiran Kabinetnya kini hanya tinggal kira-kira satu setengah tahun lagi sebelum penggal semasa berakhir.

“Kita perlu mengisi beberapa kekosongan. Mungkin rombakan itu (besar) kalau ada masa yang panjang, tapi Kabinet ini hanya akan berfungsi satu setengah tahun saja, jadi saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan,” jelas Anwar semasa merasmikan pelancaran model kenderaan elektrik pertama (EV) keluaran PERODUA, E-QV hari ini.

“Bagaimanapun, saya sedang merenung apakah langkah yang harus diambil, tapi mengisi kekosongan itu ada keperluan,” tambahnya lagi.

Bermula esok, Kabinet akan mencatatkan empat kekosongan jawatan Menteri.

Portfolio tersebut termasuk Menteri Ekonomi yang kosong susulan peletakan jawatan Rafizi Ramli, dan Kementerian Alam Sekitar & Kelestarian Alam yang kosong sejak Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan awal Julai lalu.

Selain itu, jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga kosong berikutan peletakan jawatan Ewon Benedick bulan lepas, manakala portfolio Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dijangka kosong esok apabila tempoh perlantikan Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz tamat.

Dengan langkah ini, kerajaan diharap dapat meneruskan agenda pembangunan negara tanpa gangguan sehingga penggal pentadbiran semasa tamat.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
5 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
9 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
10 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
10 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok