PN cadang batal perluasan skop SST, bimbang rakyat terkesan

June 15, 2025 · Isu semasa

Langkah perluasan skop pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak disokong Perikatan Nasional (PN) yang mahu ia dibatalkan kerajaan sehingga ada kerangka cukai yang holistik dan jelas.

Ketua Penerangannya, Dr Radzi Jidin berkata kebimbangan itu disuarakan kerana langkah diambil kerajaan bakal memberi tekanan kepada rakyat dan peniaga ekoran ia hampir serentak dengan kenaikan tarif asas elektrik serta subsidi bersasar RON95.

“Rakyat dan peniaga masih lagi merasai impak berganda dan berantai daripada dasar-dasar yang dilaksanakan pada tahun 2024.

“Rujuk kembali kenaikan kadar SST daripada 6 peratus kepada 8 peratus dan peluasan skopnya termasuk sektor logistik pada 1 Mac 2024, serta kenaikan harga diesel sebanyak 56 peratus pada 10 Jun 2024.

“Kesemua ini telah melonjakkan kos sara hidup serta kos pengeluaran dan operasi perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, memasuki 2025, negara bermula dalam keadaan harga barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi, terutamanya akibat daripada kenaikan kadar dan perluasan skop SST serta kenaikan harga diesel yang dilaksanakan pada tahun 2024

“Kenaikan gaji minimum pada 1 Februari 2025 turut diambil kira oleh peniaga dalam menentukan kos keseluruhan operasi dan penetapan harga.

“Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu pada awal 2025, berpunca daripada konflik geopolitik dan perang dagang global, turut menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran dan operasi perniagaan di Malaysia,” katanya.

Jelasnya lagi, apabila harga barangan dan perkhidmatan meningkat, amat sukar untuk ia kembali turun, sekali gus memeritkan rakyat.

“Meskipun peluasan skop SST ini ditangguh daripada 1 Mei 2025 kepada 1 Julai 2025 kerana masih diperincikan, ia memberi gambaran kerajaan masih belum bersedia dan tidak mempunyai kerangka percukaian yang jelas.

“SST akan memberi kesan kepada rakyat dan peniaga di pelbagai peringkat. Kerajaan kata ia hanya difokus kepada barangan premium dan tidak membebankan rakyat terbanyak adalah mengelirukan dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Radzi menambah, perluasan skop cukai perkhidmatan pula melibatkan pengenaan cukai 8 peratus kepada perkhidmatan yang sebelum ini tidak dikenakan cukai, termasuk sewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan dan pendidikan.

“Kami kecewa apabila mendengar pihak industri yang mendakwa tiada libat urus mendalam dibuat berkaitan pengenaan cukai terhadap perkhidmatan baharu tersebut.

“Ini dibimbangi akan memberi kesan bertindih dan berganda, seterusnya meningkatkan kos operasi peniaga yang akan ditanggung oleh rakyat.

“Ketidakstabilan dalam polisi cukai kerajaan akan memberi isyarat negatif serta mewujudkan ketidaktentuan dalam kalangan pelabur sama ada trend kenaikan kadar cukai dan perluasan skop ini akan berterusan,”ujarnya.

Tambah Ahli Parlimen Putrajaya itu, pihaknya turut bimbang terhadap kenaikan tarif asas elektrik yang diumum TNB akan berkuat kuasa 1 Julai 2025.

“Walaupun kerajaan menyatakan ia tidak melibatkan 85 peratus pengguna domestik, tetapi kenaikan kos tenaga elektrik pasti akan memberi kesan besar kepada komuniti peniaga, yang akhirnya akan diterjemahkan kepada kenaikan harga kepada pengguna dan tentunya rakyat terbanyak akan terkesan.

“Tidak hanya itu, pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 pada pertengahan 2025, bagaimana takrifan kumpulan 15 peratus teratas (T15) yang akan membayar harga lebih tinggi.

“Kenaikan harga petrol akan memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada rantaian bekalan, menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat, termasuk mereka yang bukan dalam kumpulan T15.

“Secara keseluruhannya, pelaksanaan hampir serentak perluasan skop cukai SST, kenaikan tarif asas elektrik dan subsidi bersasar dalam separuh kedua tahun 2025 akan terus menekan dan memberikan kesan yang memeritkan buat rakyat dan peniaga,” katanya.

 

Berita berkaitan
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Puad: Saya tetap ada hak kritik UMNO
September 1, 2026· Politik
Kedudukan Bersatu dalam PN bakal dibincang, bakal disingkir?
September 1, 2026· Politik
Jangan salahkan Fahmi, sistem komunikasi kerajaan yang lama perlu berubah: Tian Chua
September 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
3 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
13 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
13 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok