Perhimpunan 'Turun Anwar' yang berlangsung di Dataran Merdeka.
Seramai kira-kira 18,000 peserta menyertai himpunan ‘Turun Anwar’ yang dianjurkan pembangkang hari ini di ibu kota, kata Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata perhimpunan yang bermula sejak awal pagi itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan tiada laporan polis diterima setakat ini.
“Sehingga pukul 5.30 petang, tiada laporan polis diterima berhubung sebarang kejadian berkaitan perhimpunan ini.
“Kita bersyukur kerana semuanya berjalan dengan baik walaupun mungkin ada satu atau dua perkara yang tidak dipersetujui di peringkat awal, namun ia dapat diselesaikan,” katanya dipetik portal MalaysiaGazette.
Tambah Mohamed Usuf Jan, seramai 3,000 pegawai dan anggota PDRM ditugaskan mengawasi perjalanan perhimpunan tersebut termasuk mengawal aliran trafik serta keselamatan orang awam di sekitar Dataran Merdeka.
Beliau turut mengingatkan penganjur agar lebih telus dalam setiap perancangan penganjuran perhimpunan pada masa hadapan demi menjaga keselamatan orang ramai.
“Polis perlu menitikberatkan aspek keselamatan kerana ia adalah tanggungjawab utama kami. Apa sahaja insiden yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab kami sepenuhnya.
“Kami akan sentiasa mengikut peruntukan undang-undang dan mempermudahkan perancangan untuk berhimpun. Sebagai rakyat Malaysia, tuan-tuan ada hak untuk berhimpun dan kami akan membantu dari segi kawalan keselamatan serta ketenteraman awam,” ujarnya.
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan