Polis dan MCMC siasat ugutan video lucah terhadap MP PKR

September 14, 2025 · Politik

Polis sedang menyiasat insiden beberapa Ahli Parlimen (MP) yang didakwa menerima ugutan penyebaran video lucah yang dipercayai menggunakan teknologi deepfake.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengesahkan siasatan sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan teknikal daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Perkara ini di bawah siasatan PDRM dan MCMC akan membantu sebagai agensi teknikal. Jadi, pihak yang mengetuai siasatan ialah PDRM.

“Buat masa ini, saya tidak mempunyai maklumat tambahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Bersama Komuniti dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Penanti hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai aduan yang dibuat oleh beberapa wakil rakyat, termasuk bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Rafizi dilaporkan menerima e-mel ugutan daripada pihak tidak dikenali yang meminta wang tebusan AS$100,000 (RM420,000) bagi mengelakkan video lucah itu disebarkan.

MP Subang, Wong Chen, juga dilaporkan menerima ugutan yang sama. Manakala, Ahli Parlimen Sungai Petani yang baharu, Dr. Mohammed Taufiq Johari, menjadi yang terkini mengesahkan beliau turut menjadi sasaran.

Dr. Mohammed Taufiq menegaskan video berkenaan adalah palsu dan disunting menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Beliau percaya ia satu percubaan jahat untuk menjatuhkan maruah dan integritinya.

Siasatan polis sedang dilakukan untuk mengenal pasti suspek di sebalik ugutan pemerasan ini.

Berita berkaitan
Manifesto: PH tawar 30,000 pekerjaan, 20,000 rumah mampu milik di NS
July 20, 2026· Rencana
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
2 jam lalu· Isu semasa
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
3 jam lalu· Politik
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
6 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
July 20, 2026 · Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
7 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
7 jam lalu · Politik
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
7 jam lalu · Politik
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok