Pilihan Raya Kecil di Kinabatangan dan Lamag susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Januari 2026 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di Sabah.
Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata tarikh penamaan calon ditetapkan pada 10 Januari, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 20 Januari.
Menurutnya, penetapan tarikh itu dibuat selepas SPR mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan semua urusan serta garis masa penting berkaitan PRK berkenaan.
“SPR mengambil kira keperluan logistik, persediaan petugas dan hak pengundi supaya proses pilihan raya dapat berjalan lancar, telus dan teratur,” katanya pada sidang media di Menara SPR, hari ini.
PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kekosongan kerusi selepas kematian penyandangnya, Bung Moktar Radin, pada 5 Disember lalu di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Ramlan turut mengingatkan semua pihak agar mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya sepanjang tempoh berkempen.
“Kami menggesa calon, parti politik serta penyokong untuk berkempen secara berhemah dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian serta keselamatan awam,” katanya.
SPR dijangka mengumumkan maklumat lanjut termasuk pusat penamaan calon, pusat pengundian dan jumlah pengundi berdaftar dalam masa terdekat.
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang