PRN Sabah: Bung Moktar cabar dua MP BN letak jawatan jika bertanding tiket GRS

October 14, 2025 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin, mendesak dua Ahli Parlimen supaya mengosongkan kerusi Parlimen mereka jika bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 nanti.

Beliau menegaskan, tindakan Shahelmey Yahya (Ahli Parlimen Putatan) dan Andi Muhammad Suryady Bandi (Ahli Parlimen Kalabakan) itu tertakluk di bawah Akta Anti Lompat Parti sekiranya masih berdegil mahu bersama dengan GRS pada PRN Sabah nanti.

“Kalau ikut Akta Anti Lompat Parti, mana-mana ahli parti yang berpindah parti, dia perlu digugurkan daripada memegang jawatan selaku Ahli Parlimen. Dia hilang kelayakan. (Adakah kerusi perlu dikosongkan?) Perlu,” tegas Bung Moktar dalam satu sidang media semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag turut menjelaskan keperluan pilihan raya kecil diadakan untuk mengisi kekosongan kerusi bergantung pada baki tempoh penggal Parlimen.

Menurut Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari jika kekosongan berlaku, kecuali jika tempoh penggal Parlimen sudah melebihi tiga tahun.

Bung Moktar turut mendedahkan BN Sabah akan melaksanakan langkah pencegahan bagi menangani isu lompat parti dalam kalangan calon yang menang pada PRN-17 nanti.

“Saya cukup yakin calon-calon kali ini, kita pilih mereka yang ada kesetiaan dalam parti. Kita lihat selama ini dalam pembangkang pun mereka tidak goyah. Jadi, saya yakin bukan macam calon-calon yang dulu, yang menjadi pengkhianat,” ujarnya.

Shahelmey dan Andi Suryady telah digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun sejak awal 2023 ekoran didakwa menentang keputusan parti untuk menarik balik sokongan kepada Kerajaan GRS.

Shahelmey, yang juga ADUN Tanjung Keramat, dan Andi Suryady, ADUN Tanjung Batu, dilaporkan berhasrat untuk bertanding atas tiket GRS dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

Berita berkaitan
Bersatu teruskan perjuangan jika ahli dan pimpinan kembali sertai UMNO: Razali
3 jam lalu· Politik
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
15 jam lalu· Politik
PRN Johor dijangka hujung tahun, Amanah sedia bertanding banyak penjuru
February 10, 2026· Politik
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
February 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
2 jam lalu · Politik
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
3 jam lalu · Politik
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
3 jam lalu · Politik
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
3 jam lalu · Politik
Hamzah di Sydney, dijangka tak hadir lagi mengadap Lembaga Disiplin Bersatu esok
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok