Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin.
Bung Moktar Radin mengakui beliau kini menjadi sasaran utama pihak lawan yang ingin menyaksikan kejatuhannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Namun, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu teguh dengan keyakinan untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan tidak gentar berdepan sebarang tentangan pihak lawan politiknya.
Bung Moktar, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Lamag, berkata maklumat yang diterimanya menunjukkan kerusi berkenaan menjadi tumpuan utama jentera lawan.
“Selaku Pengerusi BN Sabah dan ketua UMNO Sabah, sudah tentu panah-panah itu semua sasarannya kepada saya. Insya-Allah, saya tetap yakin pengundi Lamag akan terus memilih BN kerana saya telah mencurahkan segala tenaga di samping jentera juga sudah dibentuk di semua kawasan,” katanya dipetik laporan media.
DUN Lamag, yang terletak dalam Parlimen Kinabatangan, dijangka menyaksikan pertandingan sengit enam penjuru. Isu pembangunan asas dan taraf hidup masyarakat luar bandar menjadi fokus utama.
Bung Moktar menegaska PRN kali ini adalah ujian besar untuk menilai penerimaan rakyat terhadap BN dengan menyifatkan isu yang dimainkan parti lawan sebagai sekadar retorik.
“Lamag ini dulu hutan rimba. Tidak ada orang kenal pun dan setelah saya menjadi wakil rakyat, saya bertekad untuk mengubah wajah Lamag dan Alhamdulillah, hari ini masyarakat nampak pembangunan yang ada,” tegasnya.
Pertandingan di Lamag dijangka menjadi kayu ukur penting bagi menilai sokongan pengundi luar bandar terhadap parti utama di Sabah.
Pengundian awal dan hari pengundian PRN Sabah ke-17 masing-masing pada 25 dan 29 November.
Kerjasama UMNO dengan DAP dalam kerajaan bersyarat: Mat Hasan
Hubungan dengan PAS paling mengecewakan berbanding dengan DAP: UMNO Terengganu
UMNO buka pintu kepada kepada bekas ahli, permohonan KJ belum diterima: Asyraf
UMNO tangguh pemilihan parti sehingga PRU-16
Tuan Ibrahim sangkal ramalan menantu Hadi dakwa PAS akan tumbang
[VIDEO] UMNO tak gadai prinsip walaupun bersama Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] Zahid ucap tahniah kepada PMX berjaya stabilkan ekonomi dan politik negara