PRN Sabah: Empat individu ditahan di Tawau atas tuduhan khianat, sebar berita palsu

November 25, 2025 · Politik

Polis telah menahan empat individu sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di daerah ini berhubung kesalahan perbuatan khianat dan penyebaran maklumat palsu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, mengesahkan tangkapan itu hasil daripada tindakan pantas pasukan siasatan bagi menangani laporan yang diterima sejak hari penamaan calon.

Sehingga kini, tujuh laporan polis telah diterima, membawa kepada pembukaan lima kertas siasatan.

Tiga daripadanya disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan perbuatan khianat, manakala satu lagi disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan satu dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut Jasmin, keempat-empat lelaki yang ditahan disyaki terlibat dalam insiden seperti merosakkan bendera parti dan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah atau tidak benar di platform media sosial.

Beliau menekankan satu kes melibatkan dakwaan penyebaran fitnah terhadap seorang calon yang sedang bertanding.

“Kertas siasatan berkenaan kes tersebut sudah disiapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut,” jelas Jasmin kepada pemberita selepas mengundi awal di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Beliau juga menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran undang-undang bagi memastikan kempen PRN berlangsung secara aman dan terkawal.

Sementara itu, Jasmin memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat persiapan rapi menjelang hari pengundian pada 29 November ini.

Sebanyak 456 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal selia dua pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Tawau dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chin.

“Kita mahu memastikan keselamatan pengundi, petugas dan proses pilihan raya berada pada tahap terbaik,” ujarnya.

Berita berkaitan
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
10 jam lalu· Politik
Bekas Pengarah FELDA direman SPRM berhubung projek dan penjualan tanah
13 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: Zahid mahu keputusan kerjasama dipercepat
September 6, 2026· Politik
DUN Melaka bubar selepas Perhimpunan Agung UMNO?
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
3 jam lalu · Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
6 jam lalu · Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
9 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
10 jam lalu · Politik
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok