Pilihan Raya Kecil di Kinabatangan dan Lamag susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar.
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 mencecah separuh apabila mencatatkan 45.50 peratus setakat jam 1 tengah hari tadi.
Angka tersebut mewakili kira-kira 793,038 pengundi yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka.
Tren pengundian yang sederhana ini dipercayai berpunca daripada bilangan pengundi muda yang masih belum tampil untuk mengundi.
Pusat pengundian yang dibuka seawal jam 7.30 pagi akan ditutup pada jam 5.30 petang ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kekal dengan sasarannya untuk melihat angka keluar mengundi mencecah 70 peratus.
Sebelum ini, SPR telah mengesyorkan agar pengundi muda, termasuk mereka yang dalam kumpulan Undi 18, untuk keluar mengundi mulai tengah hari.
“Saranan ini dibuat bagi mengelakkan kesesakan dan sekaligus memberi keutamaan serta ruang yang selesa kepada pengundi berusia dan warga emas untuk mengundi pada waktu pagi,” jelasnya lagi.
Orang ramai diingatkan agar menggunakan peluang yang masih ada sebelum pusat pengundian ditutup.
SPR menjangkakan keputusan rasmi pilihan raya ini boleh diumumkan seawal jam 10 malam ini dan setiap undi adalah penting dalam menentukan hala tuju negeri Sabah.
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum