Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengesahkan kekalahan teruk parti itu yang gagal memenangi walau satu pun daripada lapan kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, DAP kecundang di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk kerusi yang sebelum ini disandang.
Loke dalam satu kenyataan mengakui keputusan itu dan berikrar untuk belajar daripada kelemahan parti.
“Sebagai Setiausaha Agung parti, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kelemahan dan kegagalan DAP memenangi sebarang kerusi dalam PRN kali ini,” kata Loke.
“Pucuk pimpinan parti akan mengambil iktibar daripada keputusan ini dan menilai semula segala kelemahan kami serta berusaha untuk memenangi semula sokongan rakyat pada pilihan raya akan datang,” tambahnya.
Antara kekalahan paling ketara ialah Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, yang gagal merampas kerusi Likas daripada calon Warisan.
Malah, Naib Pengerusinya, Jannie Lasimbang, juga tumbang di kerusi Kepayan yang sebelum ini dipegangnya.
“DAP Sabah masih mempunyai dua wakil di peringkat Parlimen dan kedua-dua anggota Parlimen DAP akan melipat ganda usaha dan gerak kerja mereka di kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan,” kata Loke lagi.
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum