Abdul Halim Sidek Gulam Hassan.
Nama calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan, akan kekal tercetak pada kertas undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah walaupun beliau telah mengumumkan pengunduran diri.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Khairul Shahril Idrus, yang memetik peruntukan undang-undang pilihan raya tiada calon yang dibenarkan menarik diri selepas waktu yang ditetapkan.
“Merujuk kepada Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, tiada seorang calon pun boleh menarik pencalonannya selepas jam 10 pagi pada hari penamaan.
“Oleh demikian, calon PH bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri N62 Silam kekal di dalam kertas undi,” katanya dalam kenyataan.
Keputusan ini berikutan laporan media semalam yang menyatakan Abdul Halim menarik diri daripada bertanding bagi kerusi DUN Silam yang terletak dalam Parlimen Lahad Datu.
Abdul Halim sendiri dipetik berkata bahawa keputusan itu dibuat hasil perbincangan dengan pimpinan tertinggi PH.
Kerusi DUN Silam, yang sebelum ini disandang oleh Dumi Pg Masdal dari Parti Warisan, kini menyaksikan pertandingan sengit.
Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, kerusi tersebut mencatatkan pertandingan sembilan penjuru bagi merebut sokongan daripada 28,261 pengundi berdaftar di kawasan itu.
UMNO sedia pertimbang bekas pemimpin Bersatu yang disingkir: Zahid
Bersatu tegas singkir ‘musuh dalam selimut’, elak sabotaj: MPT Bersatu
Mari sertai ‘Rumah Bangsa’ UMNO, Asyraf Wajdi pelawa pemimpin Bersatu disingkir
Tuan Ibrahim persoal Zahid tuduh PAS sebagai ‘pengkhianat’ besar
Status dua ADUN Kedah digantung Bersatu, Sanusi tunggu perkenan Sultan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan