Abdul Halim Sidek Gulam Hassan.
PKR Sabah mengesahkan penarikan diri Abdul Halim Sidek Gulam Hassan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri N.62 Silam.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah,Mustapha Sakmud, berkata keputusan itu dibuat oleh Abdul Halim secara peribadi setelah menimbang pelbagai faktor, termasuk untuk menjaga hubungan baik antara parti komponen PH dan rakan politik di Sabah.
“Saya ingin menegaskan bahawa keputusan ini adalah keputusan peribadi beliau tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak luar,” jelas Mustapha dalam kenyataannya.
Beliau menekankan semangat setiakawan dan keutuhan kerjasama politik sentiasa menjadi keutamaan bagi memastikan kestabilan politik Sabah terus terpelihara.
Walaupun tidak lagi bertanding, komitmen Abdul Halim terhadap rakyat tempatan kekal utuh.
“Abdul Halim telah menyatakan komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat Silam dan Lahad Datu dalam apa jua kapasiti yang mampu beliau sumbangkan,” tambah Mustapha.
PKR Sabah juga merakamkan penghargaan yang tulus terhadap dedikasi dan sumbangan yang telah diberikan oleh Abdul Halim sepanjang ini.
Di samping itu, Mustapha menyeru kepada semua jentera dan penyokong PH di kawasan Silam dan Lahad Datu supaya kekal tenang dan bersatu padu.
“Kami menyeru jentera serta penyokong PH di Silam dan Lahad Datu agar kekal tenang dan terus memperkukuh perpaduan menjelang pilihan raya,” katanya.
Penarikan diri calon ini diharapkan tidak menjejaskan perpaduan dan persediaan PH menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang.
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
Tiada retak dalam hubungan PH-BN, kerajaan masih utuh: Chang Lih Kang
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum