Pilihan Raya Kecil di Kinabatangan dan Lamag susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 1,784,843 pemilih layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini mengikut Daftar Pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2025 yang dikemas kini sehingga 5 Oktober 2025.
Pengerusi SPR, Ramlan Harun berkata jumlah keseluruhan pengundi itu terdiri daripada 1,760,417 orang pengundi biasa, 11,697 orang tentera serta pasangan, dan 12,729 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA).
“Daftar pemilih bagi PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17 dijadualkan akan mula dijual pada 1 November 2025 (Sabtu).
“Pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau menghubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau melalui aplikasi MySPR Semak.
“Waktu operasi Hotline SPR adalah dari 8 pagi hingga 8 malam setiap hari. Semakan boleh dibuat juga mulai 1 November 2025 (Sabtu),” katanya.
Ramlan berkata, bagi memudahkan proses penamaan calon, SPR meminta bakal calon yang ingin bertanding pada PRN17, agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri seluruh negara sebelum Hari Penamaan Calon.
Selain itu, katanya bakal calon juga digalakkan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar.
PRN17 Sabah diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diumumkan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pada 6 Oktober lalu.
SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran itu daripada Speaker DUN Sabah, Kadzim M Yahya juga pada 6 Oktober lalu.
PRN17 Sabah menyaksikan 73 kerusi bakal dipertandingkan di 25 kawasan Parlimen negeri itu.
Pada sidang media itu, Ramlan mengumumkan tarikh penamaan calon pada 15 November, disusuli pengundian awal pada 25 November dan pengundian biasa pada 29 November, manakala writ pilihan raya dikeluarkan hari ini.
PRN N9: PH ikrar teruskan dasar beri manfaat kepada rakyat
Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke
PRN NS: Anwar titip pantun, seru kekal bersahabat walau bertanding
Aminuddin serah kepada rakyat nilai sikap BN
Jangan angkuh, UMNO perlu sedar kedudukan sendiri
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil