PRN Sabah: SPR umum 596 calon disahkan bertanding 73 kerusi

November 15, 2025 · Politik

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan fenomena luar biasa apabila seramai 596 calon mengemukakan pencalonan bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Proses penamaan calon yang tamat pada jam 10 pagi tadi, mencatatkan tiada sebarang penolakan, membuka ruang untuk pertandingan sengit di semua kerusi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun mengesahkan angka bersejarah yang direkodkan semasa PRN Sabah kali yang menyaksikan ramai calon bertanding.

“Calon Bebas merekodkan jumlah penyertaan tertinggi dengan 74 calon, diikuti Parti Warisan (WARISAN) yang meletakkan calon di semua 73 DUN,” ujarnya semasa sidang media.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 24 parti politik mengambil bahagian dalam pilihan raya kali ini.

Parti Impian Sabah (PIS) menampilkan 72 calon, diikuti Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) dengan 55 calon, dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dengan 46 calon.

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing diwakili oleh 45 dan 42 calon.

“Dari segi pertandingan, satu DUN akan menyaksikan saingan paling sengit iaitu 14 penjuru,” tambah Ramlan.

Beliau turut mendedahkan terdapat DUN yang menyaksikan pertandingan 13, 12, dan 11 penjuru, menunjukkan minat yang tinggi dalam pilihan raya kali ini.

Proses penamaan calon berlangsung di 25 pusat yang ditetapkan di seluruh negeri.

Calon termuda berusia 24 tahun manakala calon paling tua berusia 86 tahun.

Tempoh berkempen telah bermula dan akan berlanjutan sehingga 28 November 2025. SPR telah menubuhkan 86 pasukan penguat kuasa bagi memantau semua aktiviti kempen untuk memastikan pilihan raya berjalan lancar.

Berita berkaitan
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
14 jam lalu· Politik
NADI Inanam Sentral dibuka, peluang digital diperluas
22 jam lalu· Isu semasa
DUN Sarawak dijangka bubar November, PRN makin dekat
October 7, 2026· Politik
PRN Melaka: 14 November hari mengundi, penamaan calon 31 Oktober
October 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
14 jam lalu · Politik
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
19 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
22 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu · Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok