Projek beri manfaat kepada rakyat diutamakan kerajaan: PMX

July 2, 2025 · Isu semasa

Kerajaan Madani sanggup membuat keputusan yang keras dan kadangkala tidak popular bagi memastikan pembangunan serta projek yang memberi manfaat kepada rakyat boleh dilaksanakan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar yang berada di sini untuk lawatan kerja selama tiga hari, berkata meskipun terdapat kritikan terhadap langkah kerajaan melaksanakan dasar tertentu seperti rasionalisasi subsidi atau tarif, ia harus dilakukan demi manfaat kepada rakyat.

“Semua kerajaan dan semua perdana menteri sebelum ini menyatakan bahawa subsidi yang dinikmati oleh warga asing akan ditarik balik namun tiada siapa yang mengambil tindakan sewajarnya,” kata beliau pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia di Rom, Itali malam tadi.

Perdana Menteri juga berkata pelbagai tindakan telah diambil oleh Kerajaan Madani termasuk melaksanakan rasionalisasi subsidi dan cukai bagi membina lebih banyak sekolah, universiti serta hospital yang akan membantu rakyat.

Semasa majlis makan malam itu, Anwar turut berkongsi pelbagai program dan dasar yang sedang dilakukan oleh Kerajaan MADANI bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif.

“Kepada diaspora Malaysia di Itali, anda adalah duta dan aset kami. Anda mempunyai peranan yang besar untuk membawa negara ke platform antarabangsa.

“Justeru, saya titipkan pesan agar anda terus merebut setiap peluang dan ruang untuk memperkukuh ilmu, kemahiran dan jaringan demi menyumbang semula kepada tanah air serta tadbir urus yang baik,” katanya.

Turut hadir Menteri Luar Mohamad Hasan, Duta Besar Malaysia ke Itali Zahid Rastam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. – Bernama

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
7 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok