Projek hantar ubat guna dron diperkenal MCMC, bermula di Sabah

May 11, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan satu projek strategik berimpak tinggi melibatkan penghantaran ubat-ubatan menggunakan teknologi dron sempena Program MADANI Rakyat (PMR) di Tawau, Sabah.

Projek yang dipamerkan di reruai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini menarik perhatian ramai, termasuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang turut meluangkan masa melawat reruai tersebut selepas merasmikan program PMR.

Inisiatif ini merupakan projek perintis hasil kerjasama MCMC dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), serta penyedia teknologi dron tempatan. Ia bertujuan mempercepatkan akses ubat-ubatan kepada komuniti luar bandar dan pedalaman yang berdepan cabaran infrastruktur dan logistik.

“Projek ini bukan hanya sekadar demonstrasi teknologi, tetapi satu langkah konkrit dalam memastikan perkhidmatan kesihatan sampai ke akar umbi rakyat, termasuk kawasan pulau, pedalaman dan lokasi sukar diakses,” kata Perdana Menteri dalam kunjungan beliau ke reruai NADI.

Fasa pertama projek dijangka bermula pada suku keempat tahun ini di dua buah NADI terpilih, termasuk di Tawau.

Menjelang 2026, projek ini akan diperluas ke 150 buah NADI, dan akhirnya meliputi kesemua 392 buah NADI menjelang 2027. Ketika ini, terdapat 1,099 buah NADI di seluruh negara.

Selain mempamerkan teknologi dron, reruai NADI turut mengetengahkan Perkhidmatan Pintar NADI yang berteraskan lima fokus utama iaitu Keusahawanan, Kesihatan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesedaran IT dan Perkhidmatan Kerajaan.

Usaha ini memperkukuh agenda digital negara serta menyokong pelaksanaan teknologi 5G dan kecerdasan buatan (AI) untuk memperkasakan komuniti luar bandar dan memastikan mereka tidak tercicir dalam arus kemajuan.

Berita berkaitan
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
12 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026· Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
12 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
12 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
15 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026 · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok