Puad sindir langkah PAS lantik ‘orang luar’ kendali PRN Sabah

October 12, 2025 · Politik

Tindakan PAS melantik Annuar Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dikritik Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd. Puad Zarkashi yang menyifatkan langkah itu sebagai bukti mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap anak tempatan untuk mengetuai jentera kempen.

Puad berkata PAS lebih mengutamakan individu dari luar berbanding mempercayai pemimpin akar umbi Sabah untuk mengetuai jentera pilihan raya negeri itu.

“Perlantikan Annuar Musa sebagai Pengarah PRN Sabah membuktikan PAS tidak percaya kepada kebolehan pemimpin PAS tempatan (Sabah) untuk mengetuai jentera pilihanraya,” kata Puad dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut membangkitkan rekod kegagalan bekas pemimpin UMNO itu dengan mendakwanya pernah gagal dalam menggalas tugas yang sama semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan.

“Annuar terbukti gagal apabila diberi peranan sama ketika berlaku PRK Nenggiri, Kelantan. UMNO merampas kerusi di negeri kubu kuat PAS. Calon UMNO menang dengan majoriti yang amat besar,” katanya lagi.

Puad turut menyindirpenyertaan PAS PADA PRN Sabah ini kelihatan tidak serius dan hanya sekadar mencukupkan syarat dan mendakwa Annuar dijadikan ‘kambing hitam’ sekiranya calon mereka mengalami kekalahan teruk di Sabah nanti.

“Ia tidak serius dan tidak yakin untuk menang. Annuar akan jadi kambing hitam jika calon PAS di PRN Sabah kalah teruk atau hilang wang deposit.

“Apakah kali ini Annuar akan melihat duit berlonggok di atas katil bilik hotel sekali lagi?” sindirnya.

Berita berkaitan
10 Komitmen Utama Manifesto PH Negeri Sembilan
July 20, 2026· Rencana
Manifesto: PH tawar 30,000 pekerjaan, 20,000 rumah mampu milik di NS
July 20, 2026· Rencana
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
July 20, 2026· Politik
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
7 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
7 jam lalu · Politik
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
7 jam lalu · Politik
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
10 jam lalu · Politik
Aziz Bari: Siapa halang KJ masuk bertanding PRN Negeri Sembilan?
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok