Jemputan Putin kepada Sultan Ibrahim untuk melawat Russia.
Presiden Russia, Vladimir Putin semasa pertemuan dengan Anwar Ibrahim di Kremlin, meminta Perdana Menteri Malaysia itu menyampaikan jemputan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melawat negara berkenaan.
“Saya ada satu permintaan besar. Sampaikan salam hormat saya kepada ketua negara, Sultan Ibrahim,” kata Putin kepada perdana menteri, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).
“Kami menantikan keberangkatan baginda ke Russia,” kata presiden itu.
Anwar tiba di Moscow untuk lawatan rasmi empat hari bermula 13 Mei dan akan meneruskan segmen kedua lawatan dengan berkunjung ke Kazan, Tatarstan pada 15 Mei.
Lawatan itu adalah atas undangan Putin.
Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat tertutup sebelum Anwar menghadiri majlis makan tengah hari dan mengadakan mesyuarat bersama delegasi kedua-dua negara. – Bernama
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum