Rafizi dedah maklumat skandal tak libatkan Ismail Sabri atau Khairy

August 20, 2025 · Politik

Rafizi Ramli, mendedahkan maklumat yang diterimanya sebelum insiden serangan terhadap anak lelakinya hanya melibatkan urus niaga syarikat Farhash Wafa Salvador.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, bekas menteri ekonomi itu berkata maklumat tersebut tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana ahli politik lain termasuk bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.

“Maklumat yang diberikan adalah bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim dan mengenai urusniaga syarikat-syarikatnya,” jelas beliau.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan tuduhan yang timbul setelah Rafizi mendedahkan pernah bertemu dengan pemberi maklumat mengenai skandal tersebut seminggu sebelum anaknya diserang.

Rafizi menyangkal dua tuduhan yang tersebar luas iaitu kononnya beliau sedang meneliti kes yang melibatkan Ismail Sabri berkaitan pencucian wang di luar negara, dan tuduhan kedua mengenai Khairy yang didakwa terlibat dalam projek-projek semasa menjadi Menteri Kesihatan.

Beliau menganggap percubaan mengaitkan nama Ismail Sabri dan Khairy dalam isu ini sebagai satu usaha untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada perkara sebenar yang sedang disiasat.

“Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ. Saya tidak menyelidik atau menyentuh kedua-duanya. Ini adalah cubaan jahat untuk mengalihkan perhatian,” tegas Rafizi.

Insiden serangan ke atas anaknya minggu lalu turut disusuli dengan mesej ugutan yang meminta beliau berdiam diri mengenai isu berkenaan.

Rafizi menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Ismail Sabri untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu itu, sambil menegaskan kebenaran perlu ditegakkan bagi mengelakkan manipulasi isu.

Sebelum ini, Rafizi tidak menolak kemungkinan serangan terhadap anak lelakinya berkaitan dengan pertemuannya bersama kumpulan pendedah maklumat mengenai satu skandal, dan mendakwa ia adalah cubaan untuk menutup mulutnya daripada mendedahkan perkara tersebut.

Berita berkaitan
Bersatu teruskan perjuangan jika ahli dan pimpinan kembali sertai UMNO: Razali
3 jam lalu· Politik
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
4 jam lalu· Politik
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
6 jam lalu· Isu semasa
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
3 jam lalu · Politik
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
3 jam lalu · Politik
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
3 jam lalu · Politik
Hamzah di Sydney, dijangka tak hadir lagi mengadap Lembaga Disiplin Bersatu esok
6 jam lalu · Politik
Najib tahu akaun sendiri, guna untuk tulis cek: Saksi
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok