Rafizi kritik Fadhlina masih dikekalkan dalam rombakan Kabinet

December 20, 2025 · Politik

Rafizi Ramli mempersoal rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana tidak memenuhi jangkaan rakyat apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak disentuh dan dikekalkan menteri lama disitu.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, tumpuan utama rakyat terhadap rombakan berkenaan adalah perubahan di KPM, khususnya penggantian menteri sedia ada, namun perkara itu tidak berlaku.

Menurutnya, ketiadaan perubahan di kementerian berkenaan menyebabkan orang ramai beranggapan rombakan tersebut tidak membawa kesan besar.

“Yang orang paling teruja dan menunggu hanyalah satu nama Fadhlina Sidek. Itu yang orang tunggu dalam kalangan rakyat biasa yang tidak partisan,” katanya dalam program Yang Berhenti Menteri di saluran YouTube miliknya.

Rafizi berkata, isu siapa menerajui Kementerian Ekonomi tidak begitu menjadi tumpuan orang ramai berbanding kepentingan pendidikan. “Kerana KPM itu sangat penting, malah soal siapa jadi menteri ekonomi orang tak tumpu sangat pun,” ujarnya.

Menurut beliau, keputusan tidak mengubah kepimpinan KPM memberi gambaran bahawa pandangan rakyat tidak diambil kira.

“Apabila rombakan ini tak melibatkan Fadhlina langsung dan KPM tak disentuh, itu menjadi petanda bahawa rombakan ini pada pandangan rakyat biasa tak akan ada kesan apa-apa,” katanya.

Rafizi turut berpandangan, perubahan di KPM akan menunjukkan perdana menteri mendengar kehendak awam.

“Kalau dia tukar Fadhlina, orang biasa akan respect balik, maksudnya dia mendengar,” katanya.

Dalam rombakan berkenaan, Anwar turut melantik R Ramanan sebagai Menteri Sumber Manusia, menggantikan Steven Sim yang dianggap popular dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan.

Rafizi berkata pelantikan itu tidak begitu dipedulikan orang awam, namun memberi implikasi kepada penyokong parti.

“Yang Ramanan itu orang PKR sajalah bising, orang biasa tak peduli sangat pun,” katanya, sambil menambah langkah tersebut seolah-olah memberi mesej bahawa sentimen penyokong tidak menjadi keutamaan.

Beliau mendakwa, tindakan menggantikan tokoh yang popular dengan pemimpin lain boleh ditafsirkan sebagai isyarat kuasa menentukan hala tuju kabinet sepenuhnya berada di tangan perdana menteri, tanpa mengambil kira pandangan akar umbi.

Berita berkaitan
Lebih banyak berita baik bakal diumum PM sebelum Aidilfitri: PMO
March 9, 2026· Isu semasa
Bayaran STR Fasa 2 diawalkan, bantu persiapan Aidilfitri rakyat: PMX
March 9, 2026· Isu semasa
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
March 9, 2026· Politik
Rafizi sebenarnya bersedia untuk dipecat, tak sangka PKR masih kekalkannya
March 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
6 jam lalu · Politik
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
20 jam lalu · Politik
AMK persoal aktivis membisu dalam isu ketegangan kaum
22 jam lalu · Politik
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
March 9, 2026 · Politik
Khaled ajak bekas ahli kembali ke UMNO, sahut seruan Zahid pemimpin ulung
March 8, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok