Rafizi mahu bertanding semula di Pandan, tapi bukan atas tiket PKR

February 22, 2026 · Politik

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mengesahkan berkemungkinan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), namun memberi bayangan tidak akan bertanding atas tiket PKR.

Dalam temu bual bersama Sin Chew Daily, Rafizi berkata keputusan untuk terus bertanding di Pandan sudah muktamad, tetapi kaedah penyertaannya masih dirahsiakan.

“Saya rasa saya tidak akan bertanding sebagai calon PKR. Saya tetap akan bertanding di Pandan, itu sudah saya putuskan… bagaimana cara saya bertanding, itu rahsia,” katanya dipetik laporan itu.

Rafizi menjangkakan persaingan sengit di kerusi tersebut, namun perjuangan yang dibawanya lebih besar daripada sekadar menang pilihan raya.

“Matlamat saya bukan semata-mata kemenangan, tetapi memastikan politik progresif dan berbilang kaum terus subur serta ada perubahan sebenar dalam landskap politik negara,” katanya.

Hubungan Rafizi dengan PKR dilihat semakin renggang selepas beliau tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti tahun lalu.

Sejak itu, beliau lantang mengkritik kepimpinan parti termasuk presidennya yang juga Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Menurut Rafizi, PKR bukan lagi “rumah” seperti dahulu kerana parti itu telah banyak berubah selepas Anwar menjadi perdana menteri.

Beliau mendakwa hala tuju parti kini lebih tertumpu kepada memastikan sokongan politik bagi mengekalkan kuasa, termasuk kerjasama dengan parti lain.

Walaupun kecewa, Rafizi mengakui undang-undang antilompat parti menjadi faktor utama beliau kekal dalam PKR buat masa ini kerana tidak mahu pengundi Pandan kehilangan wakil rakyat.

Mengulas spekulasi mengenai kemungkinan menubuhkan parti baharu bersama Khairy Jamaluddin, Rafizi menolaknya.

“Kalau letakkan kami dalam bilik yang sama, kami akan bergaduh pasal ke mana nak pergi,” katanya.

Berita berkaitan
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
11 jam lalu· Isu semasa
Henti buat dakwaan palsu Malaysia hantar diesel ke Filipina: PMX
April 13, 2026· Isu semasa
Kuota matrikulasi kekal, pelajar 10A dapat laluan automatik: PMX
April 13, 2026· Isu semasa
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
April 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
11 jam lalu · Politik
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
15 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
16 jam lalu · Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026 · Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok