Rakyat ada hak berhimpun, PKR tak bincang tindakan terhadap Rafizi: Fahmi

February 16, 2026 · Politik

Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) setakat ini belum membincangkan penyertaan Rafizi Ramli dalam Himpunan Tangkap Azam Baki yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata Jawatankuasa Disiplin parti termasuk Setiausaha Agung Fuziah Salleh belum menerima sebarang aduan rasmi berkaitan perkara itu, sekali gus menyebabkan tiada tindakan diambil setakat ini.

“Saya rasa masih terlalu awal untuk buat sebarang kesimpulan. Beliau ada hak di bawah Perlembagaan untuk berhimpun,” katanya dipetik laporan media selepas merasmikan Jelajah Ramadan Edisi ke-14 di Pasar Tani Datin Halim, Larkin hari ini.

Menurut Fahmi, perhimpunan tersebut berlangsung secara aman dengan kehadiran sekitar 150 hingga 200 peserta tanpa sebarang insiden keselamatan.

“Rakyat Malaysia ada hak untuk berhimpun dan ia tidak menjadi isu selagi mengikut undang-undang,” katanya lagi.

Semalam, Rafizi yang juga bekas timbalan presiden PKR berucap dalam himpunan itu bersama beberapa bekas ahli parti.

Beliau menegaskan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, tidak wajar terus memegang jawatan susulan kontroversi pemilikan saham sebelum ini.

Rafizi menyatakan himpunan itu bertujuan menguji reaksi kerajaan dan protes mungkin diteruskan jika tiada tindakan diambil.

Pada masa sama, Fahmi menegaskan agensi penguat kuasa terus mempergiat usaha membanteras rasuah, kartel dan jenayah kewangan termasuk kes membabitkan MBI International Group.

Menurutnya, jumlah tangkapan dan rampasan ketika ini antara yang tertinggi pernah direkodkan negara.

“Tiada siapa yang sempurna. Saya, Perdana Menteri, Rafizi, semua ada kelemahan. Bulan Ramadan mengajar kita bermuhasabah,” katanya.

Beliau menambah jawatankuasa khas kerajaan terbuka untuk siasatan dan Azam sendiri bersedia memberi kerjasama penuh.

Berita berkaitan
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
1 jam lalu· Isu semasa
Siasatan 1MDB Najib kekal, SPRM teruskan kes
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
September 20, 2026 · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
September 20, 2026 · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
1 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
1 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok