Ramalan cuaca.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung sehingga jam 1 tengah hari ini.
Keadaan cuaca tidak menentu ini diramalkan memberi kesan kepada ibu negara serta negeri Selangor yang membabitkan beberapa daerah seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat. Di Perak, kawasan yang berisiko termasuk Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Selain itu, Negeri Sembilan, Melaka di Alor Gajah dan Jasin, serta Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai turut mengalami fenomena yang sama.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat petanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku dalam tempoh lebih satu jam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” kata MetMalaysia dalam kenyataan.
Orang awam yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Mereka juga disarankan untuk mengelakkan aktiviti luar pada ketika cuaca dalam keadaan tidak menentu.
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum