P Ramasamy.
P Ramasamy tidak menolak kemungkinan MCA dan MIC akan berdepan tekanan daripada kerajaan sekiranya mereka meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Urimai itu memberi amaran keputusan untuk keluar daripada gabungan itu berpotensi menarik perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seterusnya membongkar semula pelbagai ‘rahsia lama’ yang selama ini tersimpan.
“Pemimpin MCA dan MIC sama-sama sedar bahawa menyertai PN bukanlah perkara mudah. Mereka mungkin kehilangan sedikit sebanyak manfaat yang masih dinikmati dalam BN.
“Terdapat juga spekulasi bahawa sebaik sahaja kedua-dua parti ini meninggalkan BN, SPRM mungkin akan segera mengetuk pintu rumah para pemimpin mereka,” katanya.
“Kerajaan Madani di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim tahu bagaimana berdepan dengan pembangkang. Pendakwaan terpilih sudah menjadi ciri utama pentadbiran semasa,” tambahnya.
Ramasamy turut mempersoalkan tindakan MCA dan MIC yang mengambil masa terlalu lama untuk mempertimbangkan langkah menyertai blok pembangkang.
Menurutnya, setelah sekian lama setia membuta tuli kepada UMNO, sikap tunduk sebegini tidak lagi boleh diterima.
Beliau menegaskan kehilangan sokongan masyarakat Cina dan India terhadap kedua-dua parti itu bukan semata-mata berpunca daripada kelemahan sendiri, tetapi sebahagian besarnya adalah akibat cara layanan yang diberikan oleh UMNO.
“Sekiranya kepimpinan MCA dan MIC tidak berpuas hati dengan sekadar sisa kuasa yang dilemparkan kepada mereka, mungkin sejarah politik negara akan jauh berbeza hari ini,” tegasnya lagi.
Ramasamy juga memerhatikan hubungan antara MCA, MIC dan UMNO kini berada pada tahap paling rendah.
Ketegangan hubungan antara MIC dan UMNO terserlah baru-baru ini, ekoran kehadiran Timbalan Ketua Pemuda MIC, K Kesavan, dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada baru-baru ini.
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
AMK persoal aktivis membisu dalam isu ketegangan kaum
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan