Reformasi kerajaan tunjuk keberhasilan selepas pengiktirafan WCR: Penganalisis

June 18, 2025 · Isu semasa

Lonjakan 11 anak tangga Malaysia dalam Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 membuktikan keberkesanan reformasi yang dibawa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sekali gus mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa, menurut pakar geostrategi, Prof Dr Azmi Hassan.

Beliau berkata meskipun ada pihak yang masih mempersoalkan pelaksanaan reformasi berkenaan, penilaian badan antarabangsa jelas menunjukkan transformasi negara sedang menuju ke arah positif, terutamanya dalam memerangi rasuah dan memperkukuh dasar ekonomi.

“Asas utama reformasi kerajaan adalah untuk meminimumkan perlakuan rasuah kerana seperti yang sering ditegaskan Perdana Menteri, jika rasuah tidak dibendung, negara yang akan rugi.

“Usaha pembanterasan rasuah ini bukan hanya tertumpu kepada kes-kes berprofil tinggi seperti 1MDB, malah turut merangkumi pelbagai bentuk rasuah dalam sektor awam dan swasta. Ia merupakan antara elemen penting reformasi yang sedang diperhatikan oleh pihak luar,” kata Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) itu kepada Bernama.

Rekod terbaharu menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke-23 dalam laporan WCR, melonjak dari kedudukan ke-34 pada tahun sebelumnya dan ia merupakan pencapaian terbaik sejak 2020.

Namun, Azmi menyuarakan kebimbangan kerana usaha murni kerajaan melakukan reformasi kurang dihargai di dalam negara akibat perbezaan ideologi politik dan keengganan sesetengah pihak untuk melihat kemajuan secara objektif.

“Pihak tertentu sengaja tidak nampak kerana mereka meragui kerajaan, tetapi saya fikir di sinilah tugas agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk tampil dengan data dan statistik mengenai kejayaan reformasi kerajaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap kredibiliti dan kepakaran diplomasi Perdana Menteri dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan imej Malaysia di persada global.

“Beliau (Anwar) merupakan pemimpin yang dihormati dan artikulatif, terutama dalam kalangan negara ASEAN dan Indo-Pasifik. Keupayaannya menyampaikan hujah dan pandangan mengenai isu global tiada tolok bandingnya dan perkara ini harus dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, pensyarah dari Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Khoo Ying Hooi menyifatkan peningkatan dalam ranking berkenaan sebagai cerminan penambahbaikan dalam tadbir urus serta kerangka institusi negara termasuk rasionalisasi birokrasi dan kecekapan pentadbiran.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM itu berkata inisiatif seperti Strategi Antirasuah Nasional 2024-2028 telah memberikan impak signifikan dalam membentuk persepsi antarabangsa, namun kedudukan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk berhenti daripada terus membanteras rasuah.

“Peningkatan kedudukan itu tidak bermaksud keadaan di Malaysia sudah bagus dalam antirasuah.

“Dalam aspek kecekapan sistem penyampaian kerajaan pula, terdapat tanda-tanda perubahan nyata, tetapi masih ada cabaran dari segi skala dan keseragaman impak di semua lapisan pentadbiran,” katanya.

WCR diterbitkan setiap tahun oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) yang berpangkalan di Switzerland.

Ia merupakan laporan komprehensif yang menilai sesebuah ekonomi berdasarkan keupayaan mereka untuk menjana dan mengekalkan persekitaran mesra perniagaan yang menyumbang kepada kemakmuran jangka panjang. – Bernama

Berita berkaitan
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
September 13, 2026· Politik
MA63 perlu jadi agenda nasional: Anwar
September 11, 2026· Isu semasa
UMNO dakwa syarat dilanggar berhubung isu pengampunan Najib
September 9, 2026· Politik
Haji 2027: B40 bayar RM15,000, T20 RM33,300
September 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar kehilangan abang tercinta, mohon doa buat Idrus Ibrahim
September 24, 2026 · Isu semasa
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5.7 peratus tahun ini: Firma
September 24, 2026 · Isu semasa
Bekas COO Tabung Haji didakwa terima kos ubah suai RM302,499: Bernama
3 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus terbuka pelaburan teknologi China: Anwar
3 jam lalu · Isu semasa
Eksploitasi seksual kanak-kanak: MCMC, PDRM tingkat kerjasama
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok