MIC sebelum ini membawa usul untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi menjelaska tiada sebarang cadangan atau resolusi rasmi yang meminta MIC keluar daripada gabungan itu telah dibentangkan kepada pucuk pimpinan setakat ini.
Beliau menjelaskan isu tersebut tidak pernah dibangkitkan mahupun dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
“Resolusi yang disebut-sebut itu hanya datang daripada satu bahagian MIC di peringkat negeri, dan kepimpinan pusat mereka belum mengadakan sebarang perbincangan rasmi dengan saya.
“Lebih-lebih lagi, perkara ini tidak pernah dibawa ke meja Dewan Tertinggi BN,” katanya dipetik laporan media.
Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada laporan media berhubung langkah MIC Kedah meluluskan resolusi untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan tidak menolak kemungkinan meninggalkan BN.
Bagaimanapun, MIC Kedah turut memaklumkan keputusan muktamad hanya akan ditentukan oleh kepimpinan pusat parti.
Mengenai pelawaan terbuka Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mengajak MIC menyertai PN, Zahid menyifatkan kenyataan tersebut sebagai pandangan peribadi.
“Kami berpendapat kenyataan Timbalan Presiden PAS itu adalah bersifat peribadi, walaupun saya menyedari adanya usaha tertentu untuk mempengaruhi ahli-ahli Parlimen BN dengan tawaran yang belum tentu membawa keuntungan kepada mereka,” jelasnya.
Beliau turut menekankan BN sentiasa berpegang kepada prinsip menjaga kepentingan semua komponen dan akan menilai sebarang bentuk kerjasama secara rasmi melalui saluran yang betul.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri